awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
SWCorp keluar 42 notis kesalahan membuang sampah pada sambutan Ambang Tahun Baharu
OneXSugar Wallet jadi konsol mudah alih pertama dengan skrin lipat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang masak maut 10 kali ditikam rakan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
06/12/2020
08:49 MYT
Tukang masak maut 10 kali ditikam rakan
Pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu ditemui polis. -Gambar/ PDRM
GEORGE TOWN:Seorang tukang masak maut selepas ditikam pengawal keselamatan yang juga rakannya di pondok pengawal sebuah pangsapuri di Paya Terubong, di sini malam tadi.
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang berusia 42 tahun datang menemui suspek di pondok berkenaan kira-kira jam 8 malam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai menikam mangsa menggunakan sebilah pisau kerana marah sering diganggu dan diugut.
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia. Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah dengan 10 tikaman di badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Soffian berkata, suspek berusia 65 tahun ditangkap pada jam 10.30 malam tadi di kediamannya di pangsapuri berkenaan.
“Turut dirampas adalah sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk menikam mangsa,” katanya.
Siasatan awal mendapati, suspek yang belum berkahwin itu turut mempunyai dua rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#tukang masak
#tikam
#dibunuh
#10 kesan tikaman
#ditikam 10 kali
#pengawal keselamatan
#paya terubong
#polis
#Timur Laut
#Soffian Santong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan