awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukang paip didakwa cuba bunuh wanita

Bernama
Bernama
04/01/2023
05:20 MYT
Tukang paip didakwa cuba bunuh wanita
Tukang paip, Chan Ping Khoon (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyenatas satu pertuduhan cubaan membunuh dalam kejadian Disember lalu. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Seorang tukang paip didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh seorang wanita sehingga mangsa mengalami kecederaan parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.
Chan Ping Khoon, 32, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.
Lelaki itu dituduh melakukan perbuatan berkenaan terhadap Tan Li Sia, 38, di sebuah premis perniagaan Hydro Pump, Jalan Jelutong dekat sini pada 7.22 petang 24 Dis 2022.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh, selepas mengambil kira tahap keseriusan kes.
Chan yang tidak diwakili peguam memohon dibenarkan diikat jamin yang minimum dengan alasan berpendapatan RM3,000 sebulan dan menanggung isteri, seorang anak serta kedua-dua ibu bapa.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 7 Feb untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam.
Pada 30 Dis lepas, media melaporkan seorang wanita mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan dirawat di ICU selepas dipercayai dipukul seorang lelaki dalam kejadian samun di sebuah kedai menjual penapis air di Jelutong di sini pada 24 Dis lepas.
Lelaki itu dipercayai memukul mangsa dengan senjata tumpul sebelum menyamun wang tunai RM2,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tukang paip
#Bunuh wanita
#Hospital Pulau Pinang
#cedera parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan