Tukang paip didenda RM8,000 aniaya anak sehingga cedera

Kes didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang tukang paip didenda RM8,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya anaknya menggunakan penyangkut baju sehingga menyebabkan mangsa cedera di bibir dan belakang badan, minggu lepas.
Ringkasan AI
- Tukang paip didenda RM8,000 atau penjara lapan bulan kerana menganiaya anak perempuan berusia 11 tahun menggunakan penyangkut baju sehingga cedera.
- Hukuman termasuk bon berkelakuan baik dua tahun, cagaran RM1,000, seorang penjamin dan 36 jam khidmat masyarakat dalam tempoh enam bulan.
- Kes didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Ikhwan Mohd Nasir memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran mengambil kira faktor kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh dan kesan trauma yang dialami mangsa.
"Kecederaan dialami mangsa akibat penganiayaan itu bukan sahaja meninggalkan kesan fizikal tetapi menyebabkan kanak-kanak itu trauma sehingga melarikan diri dari rumah, tertuduh sebagai bapa kandung sepatutnya berperanan melindungi anak perempuannya dan bukan mengasarinya" kata beliau.
Tertuduh, yang hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda dan tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf dan menyesali perbuatannya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami