PUTRAJAYA: Pemohon boleh hadir ke pejabat pendaftaran negara untuk memohon pertukaran alamat pada MyKad tanpa perlu membuat janji temu.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan, pihaknya sedang mengemaskini alamat pemilihan lanjutan daripada pelaksanaan Semakan Pra Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA).
"Ia susulan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang meminta pemilih mengemaskini alamat pada MyKad sekiranya mereka tidak tinggal di alamat yang dipaparkan," kata kenyataan itu.
JPN turut memberitahu, pemohon hanya perlu membawa dokumen sokongan sebagai bukti alamat baharu seperti bil utiliti, cukai pintu, cukai taksiran atau borang taksiran cukai pendapatan.
"Pemohon juga boleh menggunakan perjanjian jual beli rumah, perjanjian atau resit sewa rumah sekiranya bil utiliti tidak didaftarkan atas nama pemohon," katanya.
Melalui kenyataan sama, JPN mengingatkan pemohon membawa dokumen sokongan berkaitan yang asal atau salinan diakui sah.
"Bagi pemohon yang tidak mempunyai kedua-dua dokumen yang dinyatakan mereka perlu mendapatkan dokumen sokongan dari ketua kampung, tuai rumah, penghulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen, majikan atau dokumen lain yang membuktikan alamat terkini mereka," katanya.
Kata JPJ, sebarang maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, JPN di talian 03-88807077 atau emel ke [email protected].
Sinar Harian
Fri Oct 08 2021
JPN mengingatkan pemohon membawa dokumen sokongan berkaitan yang asal atau salinan diakui sah. - Gambar fail
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
JPN terima hampir 60,000 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 59,037 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini.
Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini
Pelantikan itu bagi menggantikan Zamri Misman yang bertukar ke BHEUU, Jabatan Perdana Menteri pada 2 Feb lepas.
Tiga lelaki ditahan guna kad pengenalan palsu
Tiga lelaki ditahan di sekitar Pulau Indah, Pelabuhan Klang pagi tadi kerana disyaki bekerja menggunakan kad pengenalan palsu.
Tiada ejen atau orang tengah untuk urusan JPN
Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai ejen atau orang tengah untuk mewakilinya bagi setiap urusniaga dan perkhidmatan.
JPN terima 1,116 permohonan Orang Asli di Kelantan
Menurut JPN, proses pendaftaran kepada masyarakat Orang Asli di Kelantan tidak memerlukan tempoh yang lama untuk diselesaikan sekiranya permohonan dilakukan mengikut prosedur yang betul.
Akta 164 bolehkan Menteri Dalam Negeri daftar perkahwinan pasangan bukan Islam - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara berkata bahawa Menteri Dalam Negeri boleh melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.
Permohonan warganegara kini hanya 14 hari - Saifuddin
Tempoh pemprosesan permohonan kewarganegaraan dikurangkan daripada 73 hari kepada 14 hari menerusi Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara.
JPN teliti permohonan pindaan sijil lahir Tayalan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang meneliti permohonan pindaan sijil lahir R. Tayalan @ Mohd Farid Abdullah yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen Langkap, Teluk Intan, Perak.
Pelajar universiti ditahan buat laporan palsu
Tindakan pelajar berusia 20-an itu dikesan selepas siasatan polis mendapati dia gagal memberikan keterangan konsisten berkenaan kejadian tersebut.
JPN tidak kompromi dakwaan rasuah, salah guna kuasa
Menjadi prinsip JPN yang sama sekali tidak berkompromi terhadap sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan kakitangan jabatan itu.