KUALA LUMPUR: Demi kasih dan sayang kepada enam anaknya, seorang bapa sanggup mengorbankan ratusan ribu ringgit untuk mengubah kebun mini di belakang rumahnya di sebuah daerah di Selangor bagi membina sebuah taman tema air mini.
Mungkin jarang didengar, tetapi itulah yang dibuat seorang ahli perniagaan, Shukrie Ab Rahim, 37, demi memberi kepuasan kepada enam cahaya matanya, berusia antara tiga hingga 11 tahun itu, yang sangat gemarkan aktiviti air.
"Asalnya ruang tanah itu adalah kebun mini yang diusahakan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020. Ada pelbagai jenis sayuran ditanam antaranya kangkung, cili, kacang panjang, petola, tomato, sawi dan bendi... semuanya hanya untuk makan sendiri.
"Namun, anak-anak pula bosan kerana tak dapat keluar dari rumah, itu yang mendorong saya untuk membinanya, lagipun anak-anak juga selalu ajak pergi ke taman tema selepas tamatnya tempoh PKP," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, taman tema air mini seluas kira-kira 21 x 15 meter persegi atau sebesar gelanggang futsal itu dibina secara berperingkat bermula daripada proses membuat pelan, mengorek tanah, memasang permainan, menanam pokok dan membuat landskap keseluruhan.
Ia mula dibina pada 2021 dan siap sepenuhnya setahun kemudian dengan dilengkapi kolam renang, taman permainan air, gelongsor air, zoo mini dan dikelilingi pokok mulberi dan pokok anggur serta air pancuran.
Malah, bagi mewujudkan suasana seakan-akan berada di taman tema air sebenar atau komersial, landskap di sekitar kawasan itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti bilik gimnasium, surau, tandas, gerai, bilik persalinan, mesin layan diri dan tempat istirahat.
Shukrie berkata antara tujuan utamanya membina taman tema air mini itu adalah untuk dijadikan lokasi berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara serta kira-kira 60 pekerjanya.
"Kami masing-masing mempunyai keluarga yang besar... ada anggota keluarga, terutama generasi muda langsung tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Alhamdulillah, secara tidak langsung, ia menjadi medan untuk mereka berkenalan dan mengeratkan ikatan kekeluargaan.
"Ia juga menjadi lokasi terbaik untuk berkumpul dan melakukan aktiviti riadah bersama pekerja dan keluarga mereka. Inilah masanya untuk kami saling mengeratkan hubungan antara kami. Lagipun, daripada kami semua berkumpul di luar, lebih baik kami berkumpul di sini," katanya.
Pada masa sama, katanya, taman tema air mini itu turut dibuka bagi aktiviti riadah buat anak-anak yatim tajaannya dari Rumah HALO Prihatin Jalinan Kasih di Cheras dan Rumah HALO Prihatin Ainul Kasih di Pasir Gudang, Johor.
"Ia adalah antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat syarikat saya menerusi konsep 'Happy Bersama'. Saya ingin berkongsi rezeki dan membawa kebahagiaan kepada mereka dan mereka boleh bermain sepuasnya.
"Kadang-kadang, ada juga kawan-kawan anak yang satu sekolah datang ke sini untuk bermain bersama... saya sentiasa mengalu-alukan tetamu untuk datang ke rumah... tetapi untuk mereka yang dikenali sahajalah," katanya.
Kisah taman tema air mini itu tular di aplikasi TikTok selepas dimuat naik oleh isterinya, Norashikin Nordin, 35, sehingga meraih 4.7 juta tontonan sejak Oktober lepas.
Norashikin yang sedang sarat mengandung anak ketujuh berkata banyak maklum balas positif diterima namun ada juga kecaman.
"Kebanyakannya positif dan beranggapan saya bergurau dan tidak percaya. Ada juga yang tiba-tiba menawarkan diri nak datang mandi. Ada juga yang bertanya adakah kami ada menyediakan perkhidmatan homestay (Inap Desa).
"Saya terima saja semua komen dengan lapang dada kerana tujuan saya berkongsi video berkenaan adalah untuk kenangan sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2023
Ia mula dibina pada 2021 dan siap sepenuhnya setahun kemudian dengan dilengkapi kolam renang, taman permainan air, gelongsor air, zoo mini dan dikelilingi pokok mulberi dan pokok anggur serta air pancuran. - Bernama
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Penerokaan haram dikesan di kawasan runtuhan di Cameron Highlands
Penerokaan haram dikesan berlaku di kawasan runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini.
Tukar kebun sayur jadi taman tema air demi anak-anak
Shukrie Ab Rahim memberi kepuasan kepada enam cahaya matanya, berusia antara tiga hingga 11 tahun itu, yang sangat gemarkan aktiviti air.
Taktik guna kebun sayur untuk tanam ganja terbongkar di Sibu
Lima individu itu terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita warga asing.
Polis siasat penularan video lama, fitnah agensi penguatkuasaan di Cameron Highlands
Polis Pahang menyiasat tohmahan yang dilemparkan kepada agensi penguatkuasaan di negeri ini berhubung operasi pemutihan tanah di Cameron Highlands.
COVID-19: Pemandu berhenti kerja kerana hutang bertambah, kebun atas teksi jadi ikhtiar
Sejak pandemik melanda Thailand tahun lalu, pemandu teksi menderita dari aspek kewangan.
2 anak gajah ditemui mati makan racun
Dua bangkai anak gajah ditemukan di sebuah kebun sayur tinggal berhampiran dengan Empangan Kahang dan Hutan Simpan Kluang, dekat Kluang semalam, disyaki termakan racun.
Pekerja kebun sayur dikhuatiri tertimbus tanah runtuh
Akhund Md Ziarul, 37, disedari hilang oleh majikannya selepas tidak pulang ke rumah kongsi yang terletak dalam kawasan kebun sayur tidak jauh dari situ.
Warga Bangladesh usaha kebun di Cameron Highlands didakwa beri rasuah
Tertuduh yang berasal dari Bogra, Bangladesh didakwa memberi suapan RM5,000 kepada Timbalan Komander Operasi Medan Ops Gading, Sanifah Yusof, 41, sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan.
Padah curang, mayat bekas suami jadi baja kebun sayur
Olga dikatakan membunuh mangsa kerana tidak dapat memaafkan kecurangan lelaki itu sepanjang perkahwinan mereka.