awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tukar lampin, suap makan kami, Benjy tidak lalui kehidupan normal" - Adik

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/07/2021
09:36 MYT
"Tukar lampin, suap makan kami, Benjy tidak lalui kehidupan normal" - Adik
Sejak Benjy (kanan) berumur 9 tahun, setiap hari selepas balik sekolah, dia akan bantu menjaga adik-adiknya, Inessa Irdayanty (kiri) dan Elza Irdalynna termasuk menukar salin lampin dan menyuap makanan. - Foto Ihsan Inessa Irdayanty
KUALA LUMPUR: Kehidupan zaman persekolahan yang dilalui pelakon Benjy Ibrahim, tidak sama dengan kanak-kanak seusianya.
Dalam temu bual bersama Astro AWANI, adik Allahyarham Benjy, Inessa Irdayanty menyifatkan Benjy merupakan seorang abang yang sangat baik dan bertanggungjawab.
"Kakak saya (Elza Irdalynna) lahir semasa abang (Benjy) berumur 9 tahun, saya pula lahir semasa abang saya berumur 12 tahun... mama dan abah sibuk bekerja semasa itu. Benjy tidak pernah melalui kehidupan kanak-kanak yang normal.
"Sejak dia berumur 9 tahun, setiap hari selepas balik sekolah, dia akan bantu mama untuk jaga kami seperti tolong salin lampin dan suap makan.
[Panggilan Video] Benjy meinggal dunia di Medan
"Dia (Benjy) akan jaga kami seperti anak dia sendiri dan terus buat perkara sama sehingga kami besar," katanya dalam nada sebak ketika ditemu bual Astro AWANI hari ini.
BACA: Enggan susahkan sesiapa, keluarga penuhi wasiat Benjy minta kebumi di Medan
Kata Inessa, setiap manusia tidak sempurna dan tidak akan lari daripada melakukan kesilapan, sama seperti Allahyarham abangnya.
"Segala kesalahan yang ditafsirkan oleh undang-undang yang dilakukan dia, kami tidak boleh nafikan kasih sayang kami kepada dia.
"Elza dan saya sangat terhutang budi dengan dia atas apa yang dia buat, menjaga kami sejak kecil, tiada apa yang mampu mengubahnya," kata Inessa yang akan mengenang abangnya sebagai seorang lelaki yang sarat dengan kasih sayang kepada keluarganya.
Allahyarham Benjy, 43, yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad akibat penyakit asma.
Berita pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi kepada Astro AWANI.
BACA: Benjy meninggal dunia di Medan
Topic Berkaitan
#Benjy
#Benjy meninggal dunia
#Benjy Ibrahim meninggal dunia
#Inessa Irdayanty
#Elza Irdalynna
#Medan
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan