awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular berkumpul makan durian, polis kesan 12 individu

Sinar Harian
Sinar Harian
19/07/2021
23:58 MYT
Tular berkumpul makan durian, polis kesan 12 individu
Polis mengesan 12 individu dalam sebuah video yang tular memaparkan mereka sedang berkumpul dan makan durian di sebuah pondok di tepi sungai di sebuah kampung di Skudai. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan 12 individu dalam sebuah video yang tular memaparkan mereka sedang berkumpul dan makan durian di sebuah pondok di tepi sungai di sebuah kampung di Skudai di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, hasil siasatan mendapati video yang tular itu dimuat naik di akaun Facebook.
Kandungan video itu jelas memaparkan 12 individu sedang menikmati makanan secara berkumpulan yang jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP).
"Kumpulan individu tersebut juga jelas tidak mematuhi penjarakan sosial dan tiada menggunakan pelitup muka seperti yang ditetapkan SOP," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Pada Ahad tular satu video berdurasi 2 minit 17 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita makan durian beramai-ramai namun lokasinya tidak diketahui.
Rupiah berkata, kes akan disiasat di bawah Perkara 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 yang memperuntukkan denda RM4,000.
Katanya, kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Pihaknya menyeru orang ramai supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Artikel asal di Sinar Harian: Tular berkumpul makan durian, polis kesan 12 individu
Topic Berkaitan
#makan durian
#Rupiah Abd Wahid
#durian
#Sungai
#video
#SOP
#Johor Bahru
#Facebook
#COVID-19
#penjarakan sosial
#Majlis Keselamatan Negara
#pelitup muka
#penyakit berjangkit
#MKN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan