awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular cuba culik murid sekolah, penganggur dipenjara dua tahun

Aiman Ariff Abdul Azij
Aiman Ariff Abdul Azij
07/07/2022
05:14 MYT
Tular cuba culik murid sekolah, penganggur dipenjara dua tahun
Hukuman dijatuhkan terhadap tertuduh, Muhammad Rahim Ahmad, 26, selepas menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Seorang penganggur yang cuba menculik seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dalam satu kejadian tular sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah majistret Johor Bahru pada Khamis.
Hukuman dijatuhkan terhadap tertuduh, Muhammad Rahim Ahmad, 26, selepas menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim.
Terdahulu, pada 17 Mei lalu, dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa telah menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun berhampiran Sekolah Agama Taman Scientex, Pasir Gudang pada pukul 11.30 pagi, 11 Mei lalu.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada tertuduh berkuatkuasa sejak dari tarikh penahanan.
Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun beserta denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Muhammad Arif Marzuki dan Danial Munir.
Terdahulu Pada 11 Mei, beberapa video tular memaparkan tertuduh menculik seorang kanak-kanak lelaki yang memakai pakaian sekolah agama namun berjaya ditahan orang awam.
Topic Berkaitan
#penganggur
#tular culik kanak-kanak
#Muhammad Rahim Ahmad
#Sekolah Agama Taman Scientex Pasir Gudang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan