awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular fenomena belalai air di Lawas

Astro Awani
Astro Awani
26/11/2020
10:04 MYT
Tular fenomena belalai air di Lawas
Salah satu foto yang tular di media sosial pada Khamis menunjukkan fenomena belalai air berlaku di perairan Punang di Lawas. -Foto pembaca Astro AWANI
KUCHING :Musim Monsun Timur Laut yang sedang dihadapi negara ketika ini mendorong kepada pembentukan belalai air di perairan Pantai Punang, Lawas.
Mengulas mengenai foto kejadian berkenaan yang tular di media sosial pada Khamis, Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Sarawak, Ambun Dindang, menyifatkan fenomena itu berlaku disebabkan perolakan yang kuat dalam awan menjulurkan satu bentuk corong ke permukaan bumi hasil pengumpulan besar awan yang dipanggil Kumulonimbus (Cb).
“Ia memerlukan kawasan yang luas di permukaan bumi yang mengandungi wap air sebagai tenaga untuk belalai air ini berlaku.
“Antaranya adalah permukaan air yang luas dan tidak bergunung-ganang. Kebiasannya kejadian alam ini boleh berlaku di antara setengah jam ke satu jam bergantung kepada lokasi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Dalam masa yang sama, beliau turut memberi jaminan bahawa pihak MET Sarawak akan sentiasa memantau keadaan semasa cuaca di negeri itu terutama ketika musim landas ini.
“Pihak MET Sarawak sering melakukan cerapan pembentukan belalai air antaranya di perairan antara Labuan, Brunei Darussalam, Lawas, Limbang dan Sabah," ujarnya.
Menyentuh mengenai soal keselamatan, menurut Ambun, belalai air hanya boleh menyebabkan kerosakan pada tahap minimum jika ianya berlaku di kawasan darat.
Namun, beliau menasihatkan para nelayan agar sentiasa berhati-hati apabila turun ke laut dan tidak mendekati pusaran angin berkenaan demi keselamatan.
Terdahulu, sekitar jam 9 pagi Khamis, beberapa rakaman pembentukan belalai air di Pantai Punang, Lawas Sarawak tular di media sosial sehingga mendapat perhatian orang ramai.
Topic Berkaitan
#Fenomena belalai air
#perairan Punang Lawas
#Pantai Punang
#Jabatan Meteorologi Malaysia MET Malaysia Sarawak
#Ambun Dindang
#MET Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan