awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Nigeria lancar operasi cari 28 pengembara diculik di wilayah tengah
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular kes samun bersenjata di Menglembu, polis buru dua suspek

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/02/2022
15:57 MYT
Tular kes samun bersenjata di Menglembu, polis buru dua suspek
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Polis sedang memburu dua suspek yang terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Menglembu, di sini, semalam, yang tular di media sosial.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
Menurutnya, kira-kira jam 6 petang Selasa, dua suspek disyaki lelaki warga tempatan, bersenjatakan parang telah masuk ke dalam kedai berkenaan.
“Dalam kejadian yang berdurasi lebih kurang satu minit, kedua-dua suspek memaksa pekerja-pekerja kedai menyerahkan barangan peribadi sambil menyelongkar kaunter juruwang kedai sebelum beredar,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, anggaran kerugian yang dialami oleh mangsa-mangsa adalah lebih kurang RM1,600.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat kanan ASP Fadli Ahmad di talian 019-2500019 untuk membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 / 397 Kanun Keseksaan (Samun berkawan bersenjata).
Topic Berkaitan
#kes samun bersenjata di Menglembu
#Tular
#polis buru suspek
#polis perak
#Mior Faridalathrash Wahid
#IPD Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan