KOTA BHARU: Bayaran imam bagi solat tarawih sepanjang tempoh sebulan Ramadan yang mencecah lima angka sudah menjadi kebiasaan di negeri ini.
Perkara itu diakui sendiri oleh Imam Satu Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai, Ahmad Maher Safiain, 30, yang menyifatkan perkara tersebut tidak didedahkan kepada umum sebelum ini.
"Sepertimana kami menawarkan RM6,000 kepada imam tarawih untuk Ramadan kali ini.
"Di masjid kami, sepanjang 30 Ramadan akan ada dua imam yang bertugas dan bayarannya mencecah RM12,000 untuk sebulan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Sebelum itu hantaran Ahmad Maher mencari imam tarawih dengan bayaran RM6,000 sepanjang Ramadan tular di media sosial sejak Jumaat.
Beliau turut memaklumkan bayaran imam tarawih di Madinah juga mencecah hampir RM20,000.
Menurut beliau, tujuan menguar-uarkan bayaran sebagai imam tarawih itu adalah untuk membuka mata semua pihak sekali gus mengangkat lagi imej imam.
Ahmad Maher memberitahu, ia juga bagi memberi kesedaran bahawa bayaran imam perlu dinaikkan berpandukan kepada peningkatan kos sara hidup ketika ini.
Ujarnya, tawaran tersebut hanya terbuka kepada warga tempatan sahaja yang mempunyai kelayakan menjadi imam.
Ahmad Maher berkata, semasa berusia 14 tahun, beliau pernah menjadi imam tarawih dan hanya menerima sebekas kuih akok sepanjang Ramadan.
Katanya, zaman sudah berubah, apabila di usia sekarang beliau dibayar RM1,000 satu malam untuk menjadi imam tarawih jemputan di Kuala Lumpur.
"Menjadi imam tarawih bukan tugas mudah, selain tampil dengan bacaan yang merdu, kami juga perlu menjaga kualiti bacaan, sebutan dan sifat huruf dengan penuh rapi serta sebaik mungkin.
"Hal ini bagi memastikan ia tidak melanggar hukum tajwid," katanya.
Ujarnya, pada masa sama, beliau lihat pihak masjid yang menggunakan khidmat imam terawih perlu kreatif dalam mencari sumbangan.
"Janganlah hanya bergantung kepada tabung masjid semata-mata.
"Malah jemaah serta orang ramai juga sanggup menyumbang bagi merebut pahala berganda sepanjang Ramadan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 24 2024
Ahmad Maher berkata, ia juga bagi memberi kesedaran bahawa bayaran imam perlu dinaikkan berpandukan kepada peningkatan kos sara hidup ketika ini. - Gambar hiasan/Facebook Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Imam tarawih dari Thailand jadi rebutan, dibayar lima angka
Sobri dimaklumkan ada pelajar-pelajar tahfiz dan pondok di sini menerima bayaran lumayan sehingga mencecah lima angka.
Tular masjid di Kelantan cari imam tarawih dengan bayaran RM6,000
Tujuan beliau menguar-uarkan bayaran sebagai imam tarawih itu adalah untuk membuka mata semua pihak sekali gus mengangkat lagi imej imam.