awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam tarawih dari Thailand jadi rebutan, dibayar lima angka

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2024
09:10 MYT
Imam tarawih dari Thailand jadi rebutan, dibayar lima angka
Pelajar tahfiz atau pondok dari sekitar Selatan Thailand menjadi rebutan masjid-masjid di Malaysia termasuk golongan kenamaan untuk bertugas sebagai imam tarawih sepanjang Ramadan.
KOTA BHARU: Pelajar tahfiz atau pondok dari sekitar Selatan Thailand menjadi rebutan masjid-masjid di Malaysia termasuk golongan kenamaan untuk bertugas sebagai imam tarawih sepanjang Ramadan.
Perkara itu diakui sendiri oleh Ahli Jawatankuasa Kecil Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Sobri Ahmad apabila beliau dimaklumkan ada pelajar-pelajar tahfiz dan pondok di sini menerima bayaran lumayan sehingga mencecah lima angka.
"Setiap tahun pelajar-pelajar tahfiz dari negara ini akan dijemput untuk menjadi imam tarawih di Malaysia.
"Kebanyakan mereka ini akan bertugas di seluruh Semenanjung Malaysia terutama pantai barat," katanya semasa dihubungi pada Isnin.
Menurut beliau, rakyat Malaysia tidak berkira soal bayaran kepada imam-imam tersebut kerana sumbangan yang dihulurkan dengan niat bersedekah.
Ujarnya, selain itu kebanyakan individu menjadi imam ini merupakan pelajar tahfiz.
Sobri memberitahu, bayaran tersebut merupakan satu bentuk penghargaan kepada pelajar-pelajar tersebut yang bertungkus-lumus mempelajari al-Quran.
Sementara itu, Pengarah Muzium Warisan Budaya Islam dan Pusat Pembelajaran al-Quran Narathiwat, Lutfi Saman berkata, ada dalam kalangan pelajarnya bertugas sebagai imam tarawih di rumah-rumah orang kenamaan di Kuala Lumpur.
"Biasanya mereka akan tinggal selama sebulan di rumah orang-orang kenamaan tersebut.
"Ini merupakan salah satu usaha orang kenamaan untuk mengimarahkan lagi Ramadan," katanya.
Menurut beliau, perkara tersebut sudah menjadi sebahagian daripada rutin pelajar-pelajarnya sepanjang Ramadan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, bayaran imam bagi solat tarawih sepanjang tempoh sebulan Ramadan yang mencecah lima angka sudah menjadi kebiasaan di Kelantan.
Perkara itu diakui sendiri oleh Imam Satu Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Bandar Kuala Krai, Ahmad Maher Safiain, 30, yang menyifatkan perkara tersebut tidak didedahkan kepada umum sebelum ini.
"Sepertimana kami menawarkan RM6,000 kepada imam tarawih untuk Ramadan kali ini.
"Di masjid kami, sepanjang 30 Ramadan akan ada dua imam yang bertugas dan bayarannya mencecah RM12,000 untuk sebulan," katanya. - Sinar Harian
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#pelajar tahfiz
#imam tarawih
#Thailand
#Ramadan 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan