awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/02/2025
20:30 MYT
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Satu notis berunsur perkauman yang tular di media sosial, memaparkan sikap tidak sensitif seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang, baru-baru ini, telah mendapat kecaman. - Foto tular
KUALA LUMPUR: Satu notis berunsur perkauman yang tular di media sosial, memaparkan sikap tidak sensitif seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang, baru-baru ini, telah mendapat kecaman.
Notis itu mula tular selepas video kejadian itu dirakam seorang wanita yang kebetulan melalui kawasan berkenaan dan terlihat gerai tersebut.
Dalam rakaman berdurasi dua minit satu saat itu, wanita tersebut mendakwa pemilik gerai terbabit juga merakam pergerakannya selepas soalan mengenai notis tersebut ditimbulkan.
Video tersebut turut dikecam netizen yang menyifatkan tindakannya itu mencemarkan keharmonian sosial serta memalukan.
Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, menzahirkan rasa terkejut dengan rakaman video kontroversi itu dan menggesa kerajaan, terutamanya Kementerian Perpaduan Negara, untuk mengambil tindakan segera.
"Penggunaan kata-kata menghina dan ucapan yang penuh kebencian seperti ini boleh merosakkan keharmonian sosial Malaysia, sekaligus menimbulkan perpecahan dan ketidakpercayaan antara kaum.
"Sekiranya dibiarkan, ia boleh membawa kesan parah kepada negara dalam jangka masa panjang," katanya di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menerusi X yang mengecam tindakan penjaja itu serta menyifatkan tindannya itu boleh menggugat keharmonian pelbagai kaum di negara ini.
Tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini adalah tidak boleh diterima dan dikompromi. Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, kita mesti sentiasa menjaga kesejahteraan dan keamanan dengan tidak membenarkan sebarang https://t.co/Og82ukwgCu
— Aaron Ago Dagang (@AaronAgoDagang) February 15, 2025
Katanya, tindakan penjaja itu tidak boleh diterima dan tidak boleh dikompromi.
"Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, kita mesti sentiasa menjaga kesejahteraan dan keamanan dengan tidak membenarkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh mengguris perasaan mana-mana pihak.
"Wajib diberikan noktah kepada perbuatan seperti ini," ujarnya.
Beliau turut menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk terus menjunjung Rukun Negara sebagai panduan amalan hidup, khususnya prinsip Kesopanan dan Kesusilaan, bagi memastikan keharmonian sosial terus terpelihara.
Menurutnya, ia penting untuk setiap individu memupuk semangat saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.
"Saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama memperkukuhkan semangat perpaduan negara dengan menghormati perbezaan yang wujud dan mengutamakan perpaduan demi kebaikan bersama," tambahnya.
Topic Berkaitan
#rasis
#perkauman
#jagung bakar
#Kementerian Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan