awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular: Polis buru lelaki tunjuk kemaluan

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2023
10:11 MYT
Tular: Polis buru lelaki tunjuk kemaluan
Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 pagi Ahad di kawasan parkir berdekatan restoran makanan segera di Alma. - Gambar tular
SEBERANG PERAI: Polis mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita seperti dalam video tular di laman sosial sejak Ahad.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisoner Tan Cheng San berkata, siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 pagi Ahad di kawasan parkir berdekatan restoran makanan segera di Alma, di sini.
Menurutnya, lelaki yang tidak dapat dikenal pasti identiti itu menaiki motosikal Yamaha LC 135 berwarna merah dengan nombor pendaftaran palsu telah menghampiri kereta yang dinaiki mangsa sebelum membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluan.
"Ekoran daripada kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Balai Polis Bukit Mertajam.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.
Cheng San berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan dengan menyalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Yusrashidi Yussof di talian 017-4336334 atau boleh berhubung dengan mana-mana balai berhampiran.
Terdahulu tular di laman sosial, video perbuatan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh di tepi sebuah kereta.
Topic Berkaitan
#kelakuan tidak senonoh
#video tular
#Alma
#Seberang Perai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan