awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular: Polis tahan dua lelaki pukul sepasang kekasih

Bernama
Bernama
06/10/2023
07:26 MYT
Tular: Polis tahan dua lelaki pukul sepasang kekasih
Kejadian pergaduhan itu berlaku kira-kira 6 pagi Ahad lepas, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan pertengkaran mulut. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kejadian sepasang kekasih dipukul di kawasan Bandar Baru Air Itam di sini, pada 1 Okt lepas yang insiden tersebut tular di media sosial, sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata berdasarkan siasatan, kejadian pergaduhan itu berlaku kira-kira 6 pagi Ahad lepas, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan pertengkaran mulut.
"Ekoran kejadian itu, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 20-an pada hari sama dengan seorang daripadanya mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan kedua-duanya direman untuk siasatan lanjut.
"Polis telah membuka tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta ugutan jenayah dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan menggunakan pisau pemotong kertas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Soffian turut menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan rakaman video berhubung kejadian itu untuk mengelakkan sebarang spekulasi.
Video berdurasi 14 saat berhubung kejadian sepasang kekasih dipukul oleh seorang lelaki tular dalam media sosial dan dikecam warganet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#pukul pasangan kekasih
#pulau pinang
#polis tahan suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan