awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular premis judi dalam talian, polis tahan tiga lelaki di Tanjung Piandang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/08/2022
10:41 MYT
Tular premis judi dalam talian, polis tahan tiga lelaki di Tanjung Piandang
Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 21 hingga 32 tahun itu ditahan dalam dua serbuan, semalam. - Gambar hiasan
KERIAN: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki menjalankan aktiviti judi atas talian di kawasan Tanjung Piandang, dekat sini, selepas kegiatan itu menjadi tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 21 hingga 32 tahun itu ditahan dalam dua serbuan, semalam.
“Ketiga-tiga tangkapan tersebut telah ditahan reman di lokap Balai Polis Bagan Serai dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Mazuki, pihaknya telah mengesan satu klip video tular di media sosial, memaparkan mengenai aktiviti judi atas talian yang berlaku di kawasan Tanjung Piandang, sehingga menimbulkan kegusaran awam.
Katanya, susulan daripada video itu, pihak polis telah membuat dua serbuan berkenaan.
“Polis Daerah Kerian memandang serius perkara ini dan berdasarkan statistik kita telah melakukan sebanyak 351 serbuan aktiviti perjudian haram di daerah ini sejak Januari 2021.
“Daripada jumlah tersebut, 80 serbuan telah dilakukan di kawasan Tanjung Piandang manakala premis yang sama telah diserbu sebanyak empat kali dari tahun 2021,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#kes tular
#judi dalam talian
#polis
#Tanjung Piandang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan