BENTONG: Seorang kanak-kanak didakwa hampir menjadi mangsa culik oleh seorang wanita warganegara asing di Genting Highlands, Bentong, semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Suprintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, tular sebuah video berdurasi satu minit 20 saat menerusi akaun TikTok milik seorang individu yang dimuat naik di Facebook 'Daily Traffic Report' yang memaparkan situasi tersebut.
Menurutnya, pihak syarikat keselamatan Genting Highlands telah membuat laporan polis pada Isnin, kira-kira pada jam 8.16 malam berhubung video yang tular itu.
"Setakat hari ini, kita belum menerima sebarang laporan polis daripada pihak yang terlibat.
"Bagaiamanapun, IPD Bentong akan menjalankan siasatan dan akan menghubungi pemilik akaun TikTok berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubungan kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Zaiham memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian tersebut.
Katanya, orang ramai perlu memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Azee Shafy
Tue Sep 20 2022
Suprintendan Zaiham Mohd Kahar memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian tersebut. - Foto Facebook/Polis Bentong
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Fokus pendidikan kanak-kanak Gaza, bukan gantikan UNRWA - Lazzarini
Kanak-kanak di Gaza kehilangan tahun kedua pendidikan mereka akibat perang yang berterusan dengan Israel, dengan lebih 625,000 kanak-kanak kini hidup dalam keadaan trauma.
Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
WHO pindah 1,000 wanita, kanak-kanak dari Gaza ke Eropah untuk rawatan kecemasan
Langkah ini diambil berikutan keadaan kesihatan yang semakin meruncing di wilayah Palestin yang dilanda perang.
Warganegara: RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 lulus sokongan dua pertiga
RUU tersebut yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada Mac lalu, diluluskan dengan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.
Lebih 400,000 kanak-kanak di Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh tiga minggu - UNICEF
Keadaan di tempat perlindungan sangat sesak dan tidak mencukupi, dengan banyak kemudahan kesihatan tidak berfungsi, menyebabkan kesan besar kepada kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak.
Fasa kedua vaksinasi polio di Gaza bermula Isnin ini
Vaksin akan diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun selama tiga hari, dengan kemungkinan dilanjutkan untuk tambahan satu hari lagi.