awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tular video gaduh: Dua remaja perempuan berdamai, tidak mahu panjangkan kes

Aida Aziz
Aida Aziz
11/06/2023
20:31 MYT
Tular video gaduh: Dua remaja perempuan berdamai, tidak mahu panjangkan kes
Polis menyeru orang ramai supaya menghentikan penyebaran video tersebut dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
BAGAN SERAI: Dua remaja perempuan yang tular terbabit dalam pergaduhan menerusi video di media sosial, telah pun berdamai serta tidak mahu memanjangkan kes berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata, pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 48 saat di media sosial memaparkan sekumpulan remaja perempuan berkumpul dan berlaku pergaduhan di antara dua daripada mereka.
Hasil siasatan polis mendapati, kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu, kira-kira jam 10 pagi di kawasan Bagan Serai, membabitkan remaja perempuan masing-masing berusia 12 hingga 17 tahun.
"Kesemua remaja yang terlibat bersama keluarga telah hadir pada Ahad, kira-kira jam 6 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian bagi membantu siasatan.
"Kedua-dua remaja terbabit tidak mahu memanjangkan hal tersebut dan kedua-dua keluarga turut tidak mahu mengambil sebarang tindakan demi masa depan remaja tersebut.
"Satu laporan berhubung tidak mahu memanjangkan kes telah dibuat oleh pihak keluarga mangsa sekitar jam 7.21 malam.
"Bagaimanapun, kes melibatkan penyebaran di media sosial dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Sehubungan itu, kata Juna, pihak polis menyeru orang ramai supaya menghentikan penyebaran video tersebut dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
Menurutnya, sekiranya masih terdapat penyebaran maklumat palsu di media sosial individu yang terlibat boleh dihukum dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sebelum ini, tular di media sosial yang memaparkan pergaduhan antara dua remaja perempuan yang turut membabitkan beberapa individu lain di satu lokasi di Bagan Serai.
Topic Berkaitan
#video tular
#gaduh
#Remaja perempuan
#Bagan Serai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan