awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tulisan jawi: ADUN Tras gagal peroleh kebenaran mula semakan kehakiman

Bernama
Bernama
17/11/2020
23:00 MYT
Tulisan jawi: ADUN Tras gagal peroleh kebenaran mula semakan kehakiman
Peguam Chong Kar Yan yang mewakili ADUN Tras Chow Yu Hui selepas prosiding mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan, 17 Nov, 2020. --fotoBERNAMA
KUANTAN:Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras Chow Yu Hui bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri Pahang mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di negeri ini.
Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz juga memerintah Chow, 37, selaku plaintif untuk menjelaskan kos masing-masing RM5,000 kepada Majlis Daerah Raub (MDR) dan kerajaan negeri Pahang, yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu.
Pada penghakimannya, Zainal Azman berkata mahkamah tidak perlu campur tangan dalam polisi penggunaan tulisan jawi yang diwajibkan mulai 1 Jan 2020 kerana telah diputuskan oleh kerajaan negeri mengikut tatacara yang betul.
"Polisi ini telah dibincangkan dan dibahaskan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pahang yang bersidang pada 29 Mei 2019 juga bersetuju dengan penyeragaman penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di Pahang.
"Jika mahkamah harus menyemak segala keputusan mesyuarat EXCO, maka akan berlaku banyak polisi yang hendak dibantah dibawa ke sini, walaupun dibuat dengan tatacara yang betul. Sehubungan itu, mahkamah memutuskan tiada merit di peringkat ini untuk pemohon diberikan kebenaran," katanya.
Zainal Azman juga menolak hujah Chow bahawa semua arahan berkaitan penggunaan tulisan jawi itu adalah terbatal dan tidak boleh diguna pakai kerana arahan tersebut tidak diwartakan, memandangkan beliau mempunyai pengetahuan mengenai pelaksanaan polisi berkenaan.
Ini, menurut Zainal Azman berdasarkan kedudukan Chow selaku ADUN di Pahang, selain pusat khidmat beliau telah menerima surat daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada Julai 2019 disusuli notis garis panduan penggunaan tulisan jawi daripada MDR pada Oktober 2019.
Pada prosiding itu, peguam Chong Kar Yan mewakili Chow manakala MDR diwakili peguam Datuk T Anandan dan Farah Nur Atiqah Bahari sementara Peguam Kanan Persekutuan Noor Fadzila Ishak mewakili kerajaan negeri Pahang.
Sementara itu, Chow semasa ditemui Bernama berkata beliau menghormati keputusan mahkamah dan akan berbincang sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.
Chow memfailkan permohonan itu pada 9 April lepas, bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya keputusan mesyuarat Exco Pahang dan garis panduan dikeluarkan MDR berhubung tulisan jawi dibatalkan.
Beliau juga berhasrat mahkamah mengeluarkan perintah agar notis kesalahan yang dikeluarkan MDR pada 9 Jan 2020 kerana didakwa gagal mempamerkan tulisan jawi pada papan tanda pusat khidmatnya, dibatalkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pahang
#ADUN Tras
#tulisan jawi
#mahkamah
#semakan kehakiman
#Majlis Daerah Raub
#papan tanda
#iklan
#Kerajaan negeri Pahang
#warta
#polisi
#Chow Yu Hui
#exco pahang
#Raub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan