awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan, Lamag: Kestabilan politik dorong keyakinan pengundi terhadap BN
Penyambungan silang rangkaian paip langkah mitigasi atasi masalah air di Papar
MTL: JAKOA peruntuk lebih RM146,000 bantuan bakul makanan di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tumpat, Pasir Puteh diramal banjir pada Sabtu dan Ahad ini - PRABN

Bernama
Bernama
04/12/2025
11:42 MYT
Tumpat, Pasir Puteh diramal banjir pada Sabtu dan Ahad ini - PRABN
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan "Amaran Banjir" di Tumpat dan Pasir Puteh, terutama di kawasan rendah serta berisiko banjir bermula Sabtu hingga Ahad ini. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan "Amaran Banjir" di Tumpat dan Pasir Puteh, terutama di kawasan rendah serta berisiko banjir bermula Sabtu hingga Ahad ini.
PRABN dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan status paras air sungai yang diramal meningkat dan melebihi paras bahaya, banjir berkemungkinan berlaku di dua jajahan berkenaan.
"Antara kawasan berisiko di jajahan Tumpat ialah di Lembangan Sungai Golok (Sungai Golok) dan Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Kelantan). Turut dijangka terjejas ialah di jajahan Pasir Puteh melibatkan Lembangan Sungai Semerak (Sungai Semerak)," menurut kenyataan PRABN.
Sehubungan itu, PRABN dalam kenyataan itu menasihatkan semua penduduk di kawasan terbabit agar berwaspada, mengikuti arahan agensi pengurusan bencana dan mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang PublicInfoBanjir serta Facebook @PublicInfoBanjir.
Semalam Jabatan Meteorologi meramalkan Susulan Amaran Hujan Berterusan (Waspada), kemungkinan banjir akan berlaku bagi kawasan dalam lembangan sungai terutama di kawasan rendah dan berisiko banjir di Kelantan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PRABN
#Tumpat
#Pasir Puteh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan