awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tumpuan kepada industri keselamatan makanan kurang menonjol - Prof Barjoyai

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
08/09/2023
01:15 MYT
Tumpuan kepada industri keselamatan makanan kurang menonjol - Prof Barjoyai
Barjoyai mencadangkan agar sektor perindustrian yang lain dikemudiankan bertujuan memberi lebih banyak tumpuan kepada industri keterjaminan makanan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tumpuan kepada industri keselamatan makanan kurang ditonjolkan dalam strategi kerajaan mengemudi naratif ekonomi negara.
Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata kerajaan perlu bertindak mengindustrikan sektor pertanian kecil-kecilan untuk membawa masuk lebih banyak pelaburan.
“Saya melihat bahawa keselamatan makanan sebagai satu strategi yang penting. Strategi kita sepatutnya ialah mengindustrikan keselamatan makanan ini.
“Selama ini kita ada inisiatif untuk petani kecil tetapi kita tidak mengindustrikan. Kalau kita berbuat demikian kita boleh bawa masuk pelaburan dan teknologi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru terbitan Astro AWANI pada Khamis.
Barjoyai mencadangkan agar sektor perindustrian yang lain wajar dikemudiankan bertujuan memberi lebih banyak tumpuan kepada industri keterjaminan makanan.
Selain itu, beliau menegaskan kerajaan juga perlu memberi tumpuan istimewa kepada sektor perkhidmatan khususnya industri pelancongan yang membawa pulangan pendapatan yang besar kepada negara.
Tumpuan kepada industri keterjaminan makanan kurang menonjol - Penganalisis Ekonomi
Seterusnya, Barjoyai mahu sektor pelancongan dihubungkan dengan industri lain termasuk keselamatan makanan, kesihatan, pendidikan dan gastronomi bagi meningkatkan nilai industri terbabit. “Kita pernah mencapai 26 juta pelancong datang ke Malaysia setahun. Kini hanya 16 juta pelancong dicatatkan. Sasaran baharu 18 juta. “Kita perlu tumpukan sektor pelancongan dan dikaitkan dengan keselamatan makanan, industri pengajian tinggi, industri kesihatan, industri pelancongan gastronomi. “Semua ini boleh dikaitkan dan akhirnya mewujudkan suatu yang komprehensif,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Keselamatan makanan
#sektor pelancongan
#Barjoyai Bardai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan