KUALA LUMPUR:Rakyat Malaysia atau pengembara yang mahu pulang ke negara ini, perlu melakukan ujian calitan tiga hari sebelum tarikh penerbangan mereka.

Sementara pemakaian pelitup muka diwajibkan di kawasan awam yang sesak.

Berikut adalah antara intipati sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa:

1) Pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh menarik semula lesen premis pusat hiburan yang masih beroperasi ketika ini.

2) PDRM menahan 201 individu atas kesalahan ingkar PKP dan kesemuanya dikompaun.

3) Pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan apabila berada di termpat awam yang sesak.

4) Pengembara yang mahu pulang ke negara ini perlu lakukan ujian swab tiga hari sebelum berlepas.

5) Pembukaan aktiviti pelancongan khususnya di tempat terbuka seperti Zoo Negara, Legoland dan lain-lain dibenarkan.