awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: Polis buru 114 individu buat panggilan palsu

Sinar Harian
Sinar Harian
08/12/2024
08:46 MYT
Banjir Kelantan: Polis buru 114 individu buat panggilan palsu
Ayob Khan (tengah) semasa sidang akhbar di Balai Polis Repek, Pasir Mas pada Ahad.
PASIR MAS: Polis akan menjejaki 114 individu yang membuat panggilan palsu berkait banjir sebaik sahaja tamat bencana ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan itu dibuka di seluruh negara dan tidak melibatkan Kelantan sahaja.
"Sekarang ini kita fokus pada isu banjir. Tetapi selepas tamat sahaja banjir, kita akan menjejaki mereka yang buat panggilan palsu di mana tindakan ini untuk memberi pengajaran kepada masyarakat.
"Di Pasir Mas sahaja kita terima 114 panggilan palsu berkait banjir daripada 1,987 panggilan," katanya semasa sidang akhbar di Balai Polis Repek di sini pada Ahad.
Sebelum itu, beliau turun padang meninjau situasi banjir di negeri ini dan turut sama ialah Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Menurut beliau, individu terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia di mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman RM50,000 serta satu tahun penjara atau keduanya sekali.
Ayob Khan memberi amaran kepada yang berminat membuat panggilan palsu supaya hentikan perbuatan tersebut kerana tindakan susulan akan diambil.
"Elok hentikan tindakan tidak berfaedah ini kerana ia sudah menyusahkan pihak berkuasa," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir2024
#panggilan palsu
#PDRM
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan