Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Rahman Ya'kub yang dilahirkan pada 3 Jan 1928 di Bintulu, merupakan Ketua Menteri Sarawak yang ketiga (1970-1981) dan bapa saudara kepada Yang Dipertua Negeri sekarang, Tun Abdul Taib Mahmud.
Terkenal dengan kehebatannya berpidato, Allahyarham meninggalkan kesan cukup besar dalam agenda pendidikan negara walaupun menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran dalam tempoh yang hanya setahun pada 1969, dengan langkah beraninya menukar bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi dalam negara kepada bahasa kebangsaan, Bahasa Malaysia.
Beliau adalah tokoh utama dari Sarawak yang dipilih Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj dalam usaha meyakinkan rakyat Sarawak, sekali gus mendapat sokongan padu rakyat negeri itu dalam pembentukan Malaysia.
Pada tahun 1963, beliau dilantik sebagai Menteri Muda di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan, sebelum ke jawatan menteri Muda Kementerian Kehakiman pada tahun berikutnya, Menteri Tanah dan Galian Persekutuan pada tahun 1965 dan Menteri Pelajaran pada tahun 1969.
Allahyarham mendapat mandat ke jawatan Ketua Menteri pada tahun 1970 selepas memenangi pilihan raya pertama Sarawak pasca pembentukan Malaysia dan menerajui kepimpinan negeri selama 11 tahun, sebelum dinobatkan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang keempat antara tahun 1981 dan 1984.
Bermula dengan kerjaya sebagai Pegawai Bumiputera (percubaan) dalam perkhidmatan Tadbir Sarawak pada tahun 1948, Allahyarham meniti arus pentadbiran kerajaan satu persatu, sebelum meletak jawatan sebagai Timbalan Pendakwa Jabatan Undang-undang Sarawak, pada tahun 1963 untuk menceburi politik.
Allahyarham merupakan bumiputera pertama dari Sarawak memiliki kelulusan Barrister-at-law dari Lincolns Inn, London pada tahun 1958, dan terlibat secara langsung dalam membimbing ramai pemimpin serta tokoh politik semasa di Sarawak dalam arena politik negeri.
Antara peristiwa besar yang dikaitkan dengan Allahyarham di bumi Kenyalang termasuk penglibatannya dalam usaha memujuk kumpulan komunis di Sarawak kembali ke pangkuan masyarakat, sekali gus melakar sejarah kejayaan Operasi Sri Aman, yang menyaksikan ancaman komunis dipatahkan pada tahun 1974.
Selain itu, antara yang paling diingati pastinya berkisar kepada "Peristiwa Ming Court" pada tahun 1987 yang dianggap ramai sebagai pertembungan antara Allahyarham dengan Abdul Taib, Ketua Menteri Sarawak ketika itu.
Sejarah yang terpahat menyaksikan Allahyarham mengetuai sekumpulan anggota Dewan Undangan Negeri berhimpun di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur, dan meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Abdul Taib sebagai ketua menteri ketika itu.
Rentetan peristiwa berikutnya menyaksikan Allahyarham mengetuai gabungan pembangkang yang melibatkan Pertubuhan Rakyat Malaysia Sarawak (Permas) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) bagi mencabar Barisan Nasional negeri diketuai Abdul Taib dalam pilihan raya negeri 1987, namun mereka tewas, dan Abdul Taib menjadi Ketua Menteri Sarawak paling lama menerajui kepimpinan negeri, dari tahun 1981 sehingga 2004.
Dalam satu temu bual dengan sebuah media pada tahun 2008, Allahyarham mengakui bahawa kesihatannya semakin merosot pada tahun 1980 sehingga membawa kepada pembedahan jantung di London, dan beliau sendiri menyuarakan hasrat untuk berundur sebagai Ketua Menteri kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn.
Empat tahun selepas dilantik sebagai Yang Dipertuan Negeri, Allahyarham tetap dengan keputusannya untuk berundur disebabkan faktor kesihatan, dan tahun-tahun berikutnya menyaksikan beliau lebih memberi tumpuan kepada acara-acara keagamaan.
Perdamaian dengan anak saudaranya Abdul Taib dilihat semakin ketara menjelang ketibaan alaf baru, sebagaimana yang pernah diungkap oleh Allahyarham sendiri "Air dicincang tidak akan putus".
Pada tahun 2003, satu laporan Bernama menyebut bahawa kebanyakan jemaah di Masjid Jamek Petra Jaya di Kuching hampir tidak percaya apabila melihat Allahyarham bersalaman dan berpelukan dengan Abdul Taib selepas menunaikan solat Jumaat, dan ia dilaporkan sebagai "dipercayai kali pertama kedua-dua bersaudara itu dilihat saling bertegur sapa dan bersalaman di khalayak ramai selepas sekian lama".
Allahyarham juga merupakan Yang Dipertua BINA (Angkatan Nahdatul Islam Bersatu Sarawak) dari tahun 1969 hingga 1986 dan Ahli Majlis Tertinggi RABITAH ALAM ISLAMI selain menjadi anggota Muslim World Congress, Karachi, Pakistan.
Semenjak bersara daripada politik, Allahyarham masih aktif dalam mengajar ilmu-ilmu agama dan sering menganjurkan kegiatan dakwah di kediaman beliau di Surau Sri Bahagia, Kuching.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, dan lapan anak perempuan. Seorang daripada anaknya, Datuk Norah, merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Manis, manakala seorang lagi, Khadijah, merupakan menantu kepada Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein.
Isteri pertama Allahyarham. Toh Puan Normah meninggal dunia pada tahun 1983.
Bernama
Sat Jan 10 2015
Tun Abdul Rahman Ya'kub, tokoh penting negara dalam kenangan
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM, TPM rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Abdul Rahman Ya'kub
Perdana Menteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Rahman Ya'kub.
Tun Abdul Rahman Ya'kub, tokoh penting negara dalam kenangan
Belasungkawa Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Rahman Ya'kub yang meninggal dunia pukul 9.30 malam pada Jumaat.