awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Abdullah negarawan sejati - Tun Musa Aman

Bernama
Bernama
15/04/2025
10:55 MYT
Tun Abdullah negarawan sejati - Tun Musa Aman
Tun Musa menyifatkan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah negarawan sejati yang mendedikasikan seluruh hidupnya berbakti kepada masyarakat.
KOTA KINABALU: Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah negarawan sejati yang mendedikasikan seluruh hidupnya berbakti kepada masyarakat dan usaha membina negara ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri kelima.
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berkata Tun Abdullah merupakan pemimpin yang mudah didekati serta berwibawa dalam kepimpinannya dan lebih gemar menggunakan pendekatan 'diplomasi senyap' berbanding perdebatan politik secara terbuka.
"Saya masih ingat ketika saya menjadi Ketua Menteri Sabah, Allahyarham mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan berjaya mencatat kemenangan bersejarah dalam Pilihan Raya Umum ke-11.
"Walaupun pentadbiran Allahyarham berdepan beberapa isu dan cabaran, beliau sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan kebajikan rakyat," katanya dalam kenyataan selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur hari ini.
Tun Abdullah, yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam, semalam.
Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 2.30 petang ini.
Tun Musa dan isterinya Toh Puan Faridah Tussin dalam kenyataan itu turut merakamkan ucapan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarga Tun Abdullah atas pemergian Allahyarham.
"Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat negara. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita akan kembali. Semoga Allah SWT mengurniakan roh Allahyarham Tun tempat tertinggi di Jannat-ul-Firdaus," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdullah Ahmad Badawi
#Yang Dipertua Negeri Sabah
#Musa Aman
#negarawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan