awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dynamic Island pada iPhone generasi baharu dijangka tampil lebih kecil
Tesla Robotaxi mula tawar perjalanan autonomi terhad di Austin
Bangunan baharu HSJ bukti komitmen kerajaan perkukuh sistem penjagaan kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Ahmad Sarji dilantik pengerusi baharu IKIM

Bernama
Bernama
13/02/2019
21:53 MYT
Tun Ahmad Sarji dilantik pengerusi baharu IKIM
Ahmad Sarji merupakan pengasas IKIM dan dilantik menjadi pengerusi pertama IKIM pada 1992. - Gambar fail
Bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang baharu berkuat kuasa 4 Feb lepas.
Menurut IKIM dalam satu kenyataan pada Rabu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah melantik Ahmad Sarji kerana beliau berpengalaman luas dan cemerlang dalam menerajui pelbagai badan kerajaan dan organisasi di dalam sektor awam, korporat, agama, pendidikan, budaya dan sukan sejak 1961 sehingga kini.
"Pada tahun 2018 beliau telah dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam.
"IKIM amat yakin pelantikan Tun Ahmad Sarji akan mengukuhkan lagi prestasi IKIM dalam menjayakan misi dan visi penubuhannya untuk menjadi institusi utama kefahaman Islam bertaraf antarabangsa dengan menjalankan program-program penyelidikan bermanfaat besar, meningkatkan kefahaman Islam yang benar kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam dan luar negara serta memberi khidmat perundingan kepada semua pihak melalui saluran media dan ilmiahnya," menurut kenyataan itu lagi.
Pada masa sama, Dr Mahathir turut melantik Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman sebagai Naib Pengerusi IKIM berkuat kuasa pada tarikh sama.
"Tan Sri Sheikh Ghazali mempunyai pengalaman yang amat luas dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam dan antara lain merupakan Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin (Syariah) di Jabatan Peguam Negara Malaysia," menurut kenyataan itu.
Justeru, warga kerja IKIM merakamkan setinggi penghargaan kepada Dr Mahathir di atas kedua-dua pelantikan ini.
"Tahniah diucapkan kepada Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman," menurut kenyataan itu lagi.
Sebelum ini, pengerusi IKIM disandang bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjawat jawatan tersebut pada 1 Sept 2015 hingga 31 Ogos 2018 manakala Naib Pengerusinya Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali yang meninggal dunia pada 31 Okt 2017.
Ahmad Sarji yang merupakan pengasas institusi ini dilantik menjadi pengerusi yang pertama pada 1992.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Sarji Abdul Hamid
#IKIM
#Institut Kefahaman Islam Malaysia
#Mahathir Mohamad
#pelantikan
#pengasas
#pengerusi pertama
#Sheikh Ghazali Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan