awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M akui pernah pujuk Guan Eng bayar lebih kepada Kedah

Sinar Harian
Sinar Harian
06/06/2023
22:00 MYT
Tun M akui pernah pujuk Guan Eng bayar lebih kepada Kedah
Dr Mahathir Mohamad mengakui pernah memujuk bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk membayar pajakan Pulau Pinang kepada Kedah dengan kadar lebih daripada RM10,000 pada setiap tahun semasa menjawat jawatan tersebut. - Gambar fail Astro AWANI
SHAH ALAM : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui pernah memujuk bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk membayar pajakan Pulau Pinang kepada Kedah dengan kadar lebih daripada RM10,000 pada setiap tahun semasa menjawat jawatan tersebut.
Beliau berkata demikian selepas isu kontroversi kedua-dua negeri itu ditimbulkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
“Saya tidak ingin mahu terlibat dengan kontroversi ini. Tetapi saya berpendapat dakwaan Muhammad Sanusi adalah tidak tepat kerana memberi pandangan berdasarkan sejarah yang lampau.
“Dari segi sejarah, Sultan Kedah ketika itu bersetuju untuk menyerahkan Pulau Pinang dengan pembayaran 6,000 dollar Sepanyol setahun. Kemudian ditambah dengan jalur tanah besar bertentangan (Seberang Perai) yang bernilai pajak 4,000 dolar Sepanyol setahun.
“Saya tidak akan berkata apa-apa tentang apa yang terjadi kepada dua negeri ini kecuali mengakui bahawa saya telah memujuk Guan Eng semasa beliau menjawat Menteri Kewangan untuk memberi lebih RM10,000 kepada Kedah setiap tahun,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.
Tambahnya, penyerahan kepada British itu diikat dengan perjanjian mempertahankan Kedah daripada ancaman luar, bagaimanapun umum mengetahui British memungkiri perjanjian itu.
Muhammad Sanusi mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah.
Beliau berkata Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pulau Pinang milik Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Menteri Besar Kedah
#Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan