PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merangkul gelaran sebagai salah seorang individu paling berpengaruh bagi tahun 2019 dalam senarai tahunan oleh majalah TIME.

Senarai '100 Most Influential People' dikeluarkan setiap tahun oleh TIME sebagai penghormatan kepada individu-individu berpengaruh daripada pelbagai latar belakang.

Antara individu ternama dalam bidang politik yang turut tersenarai adalah Presiden Donald Trump, pemimpin China Xi Jinping, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern dan ahli kongres wanita Amerika Syarikat paling muda, Alexandria Ocasio-Cortez.

Turut tersenarai adalah ikon dalam bidang muzik seperti Lady Gaga, Ariana Grande, Khalid dan Taylor Swift.

Kemasukan kumpulan K-Pop BTS dalam senarai tersebut turut diraikan oleh peminat ARMY.

Antara yang lain termasuk ikon dalam bidang sukan seperti Tiger Woods, Lebron James, pemain bola sepak Liverpool tersohor, Mohamed Salah dan pemain tenis Naomi Osaka.

Bagi bidang filem pula, pelakon seperti Sandra Oh, Rami Malek, Dwayne Johnson, Emilie Clarke, Yalitza Aparicio antara yang tersenarai oleh TIME.