Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ketidakupayaan beliau memahami perjanjian perdagangan antara Malaysia dan China yang dimeterai baru-baru ini.
Menyifatkannya sebagai 'sama ada sengaja atau kerana kurangnya pemahaman mengenai butiran'," Abdul Rahman berkata catatan dalam blog Dr Mahathir bertarikh 16 Nov 2016 bertajuk 'Najib's China Trip' itu diselubungi banyak kesilapan dan salah tanggapan.
"Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bukan cuba menjadikan urus niaga Najib dengan China sebagai isu perkauman. Beliau menarik perhatian kepada kritikan tidak adil berkaitan perjanjian perdagangan dan pelaburan yang bersejarah bernilai RM143 bilion yang dimeterai oleh Malaysia dengan rakan dagang dan pelabur terbesar kita," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini malam tadi.
Beliau berkata delegasi China yang hadir pada Perhimpunan Agung tahunan MCA baru-baru ini turut melahirkan rasa kesal dan tidak berpuas hati terhadap pembangkang berhubung kritikan tidak adil terhadap perjanjian perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
"Kritikan Dr Mahathir seolah-olah tertumpu kepada pinjaman mudah yang diperoleh oleh Malaysia untuk membina projek Kereta Api Pantai Timur yang menurut beliau akan menambah hutang Kerajaan Malaysia dan bahawa kontraktor utama projek itu ialah syarikat dari China," katanya.
"Walaupun kontraktor utama akan merupakan syarikat pembinaan terbesar di China, perjanjian kita adalah bahawa sebahagian besar daripada kerja-kerja ini akan diberi subkontrak kepada syarikat tempatan dan terdapat juga pemindahan teknologi," katanya, dan menambah, projek ini akan melibatkan kontraktor tempatan, tidak seperti pembinaan KLCC.
Arkitek yang mereka bentuk menara berkembar itu adalah warga Argentina manakala menara 1 diberi kontrak kepada Korea Selatan dan sebuah syarikat Jepun pula mendirikan menara 2.
Abdul Rahman selanjutnya menjelaskan pinjaman mudah yang diberi oleh Export-Import Bank of China adalah atas terma yang sangat menggalakkan dengan kadar faedah yang rendah serta meliputi tempoh 20 tahun, dan menambah, pinjaman itu juga dalam Ringgit Malaysia dan bukan dalam USD atau Yuan seperti yang didakwa Dr Mahathir.
"Ini menjadikan hujah Dr Mahathir berkaitan risiko pertukaran asing itu boleh dipertikaikan," katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa pakatan Dr Mahathir dengan pembangkang telah menyebabkan beliau menggunakan taktik pembohongan dan menakut-nakutkan untuk berulang kali menghakis keyakinan semua rakyat Malaysia serta mendakwa Malaysia sedang menuju ke arah muflis.
"Sejak penubuhan Malaysia, pembangkang diketuai DAP berterusan mendakwa bahawa Malaysia akan muflis. Mereka yang tinggal pada 1960-an dan seterusnya boleh mengesahkan perkara ini. Namun, meskipun lebih 50 tahun berdepan tuduhan bakal menjadi muflis, Malaysia terus berkembang dan semakin kukuh.
"Pada masa ini, ketiga-tiga agensi penarafan kredit antarabangsa utama memberi Malaysia penarafan kredit 'A' yang melambangkan gred pelaburan. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita baru-baru ini pulih pada suku ketiga kepada 4.3 peratus; kita sekarang dalam bulan ke-227 berturut-turut mencatatkan lebihan dagangan; kita mempunyai lebihan akaun semasa dan rizab pertukaran asing kita pula tetap stabil pada US$97 bilion, " katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 17 2016
Abdul Rahman menyifatkan catatan dalam blog Dr Mahathir itu diselubungi banyak kesilapan dan salah tanggapan.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).