Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai jaguh pusingan U.

Pendirian Perdana Menteri merujuk kepada kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat bercanggah dengan pendirian sebelum ini berhubung Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Kenyataan dia (Tun Mahathir) bercanggah dengan pendirian dia sebelum ini.

"Kerajaan tidak anggap ia sebagai rasuah, tidak banyak beza dengan apa yang dilakukan kerajaan Pulau Pinang, Selangor malah sewaktu Mahathir jadi PM, bantuan kebajikan diberikan wang ihsan seperti di Terengganu misalnya," katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR dan PT3 serta Program Back To School Parlimen Pekan di sini, siang tadi.

BACA: Tiada GST jika pembangkang memerintah - Tun Mahathir

BACA: Barisan Rakyat akan tentang Barisan Nasional - Muhyiddin


Dr Mahathir semasa berucap merasmikan pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati di Shah Alam semalam, membayangkan BR1M akan diteruskan dan diagihkan oleh pegawai-pegawai kerajaan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihanraya akan datang.