Kedaulatan negara menjadi perkara terpenting yang perlu dijaga kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata beliau lagi, walaupun Malaysia hanya sebuah negara kecil aspek berkenaan menjadi tanggungjawab semua warganegara.

Bagi menjaganya, ia tidak sepatutnya digalas atas bahu anggota keselamatan semata-mata.

Sebaliknya semua rakyat perlu bergandingan bagi memastikan kedaulatan tersebut dapat dikekalkan.

Sebagai warga yang perihatin beliau menyeru semua rakyat agar dapat memahami dan memandang serius isu kedaulatan negara.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika menyampaikan syarahan bertajuk mahasiswa dan kedaulatan negara di Universiti Kebangsaan Malaysia pada Jumaat.