Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bangsa Melayu masih belum kuat dan mereka perlu berusaha lebih gigih bagi memartabatkan bangsa mereka menerusi kebolehan masing-masing.
Beliau berkata bangsa Melayu mempunyai kebolehan masing-masing namun tidak menggunakan kebolehan itu dengan cara yang positif untuk memperbaiki kelemahan diri.
"Sememangnya ramai daripada kita mahu memperolehi sesuatu dengan cara mudah tetapi tidak mahu berusaha gigih dan setiap orang Melayu mempunyai kebolehan namun mereka tidak menggunakan kebolehan itu yang akhirnya membawa kepada keburukan kepada diri mereka sendiri," katanya dalam program Wacana Tun Mahathir Mohamad: Masa Depan Melayu dan Islam selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Karangkraf di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata orang Melayu harus belajar daripada pengalaman terdahulu pada waktu negara dijajah dan mereka perlu bersatu bagi menjamin serta memastikan hak orang Melayu sentiasa dipelihara di negara ini.
Katanya masa depan orang Melayu adalah berdasarkan kepada penilaian dan pertimbangan mereka dalam memilih kerajaan.
"Seperti parti DAP, walaupun mereka mengatakan mereka parti berbilang kaum yang tidak ambil kira mereka ini orang Melayu ke, Cina atau India, tetapi apabila ada pemilihan (parti) mereka tidak sedikit pun memberi pertimbangan kepada kaum lain kerana pada hakikatnya hampir kesemua yang dipilih terdiri daripada orang-orang mereka juga.
"Oleh itu keputusan yang berasas pada sejarah dan pengalaman akan membolehkan kita menentukan kerajaan yang baik," katanya.
Menurutnya, pada masa kini masih ada orang Melayu masih mementingkan diri sendiri daripada bersatu.
"Contohnya ahli PAS sanggup mempergunakan dan menolak kepentingan agama demi untuk diri sendiri dalam memperjuangkan parti," katanya.
Beliau berkata kerajaan yang memerintah negara pada masa depan perlulah kerajaan yang berwibawa, kuat dan bijak.
"Kerajaan pada hari ini tidak bertegas pada banyak perkara, kita seolah-olah mahu orang memuji kita sebab kita tidak mahu dihentam.
"Seperti yang berlaku pada (pilihan raya umum) 2008, kita (kerajaan) tidak mendapat sokongan, sebab rakyat tidak yakin dengan kerajaan yang ada dan faktor itu telah membuatkan kita menjadi lemah," katanya.
Beliau berkata apabila kerajaan menjadi lemah, secara tidak langsung kerajaan akan takut kalah sebab tidak mahu hilang kuasa.
"Contoh ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), apa yang kita malu sangat dengan ISA, kita masuk orang dalam tahanan tetapi kita masih ikut undang-undan, ada kerajaan negara luar yang lagi zalim, tahan orang tanpa ikut undang-undang pun, kenapa kita tak sanggup tegur orang yang lebih zalim dari kita," kata Dr Mahathir.
Bernama
Thu Jan 17 2013
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Isunya bukan takut, tapi Mahathir cuba menghasut - Nazri
Mohamed Nazri berkata beliau 'pelik' dengan sikap Mahathir yang sangat prihatin dengan nasib orang Melayu ketika tidak ada kuasa.
Pemilihan UMNO: 10 ketua wanita Perak menang tanpa bertanding, tujuh muka baharu
Sepuluh ketua wanita UMNO bahagian di Perak diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.
Singapura: Remaja 18 tahun rancang letup kubur Habib Noh ditahan bawah ISA
Seorang pelajar warga Singapura berusia 18 tahun ditahan pada Disember 2022 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Saifuddin ulangi tidak perlu pinda Sosma buat masa ini
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulangi pendiriannya untuk tidak meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) buat masa ini.
Benarkah kanabis bantu rawat gangguan bipolar?
Isu penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan pada hakikatnya bukanlah sesuatu yang baharu dan ia kembali hangat diperkatakan.
Dua rakyat Singapura dibebaskan daripada tahanan ISA
Dua rakyat Singapura yang terlibat dengan aktiviti radikal dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), masing-masing pada Januari dan Februari 2022.
Usaha menyatukan UMNO-Pas sudah bermula sejak 1998 - Ahmad Zahid
Hubungan kedua-dua parti masih berjalan meskipun ada pihak tidak berapa senang dan berterusan mencari jalan untuk merenggangkan mereka.
Remaja 16 tahun ditahan rancang serangan dua masjid di Singapura
Pihak keselamatan Singapura telah menahan seorang remaja lelaki tempatan berusia 16 tahun di bawah ISA.
Ramkarpal tempelak Tun Mahathir jika benar ada hasrat kembali jadi PM
Ahli Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP Ramkarpal Singh menempelak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya ingin kembali memegang jawatan itu.
Mohd Isa dedah perangai bekas pegawai khasnya
Isa berkata Muhammad Zahid seorang yang suka lompat-lompat parti dan mengaitkan orang lain untuk melepaskan tengkuknya.