awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M tegaskan akan terus terlibat dalam politik demi negara

Bernama
Bernama
28/03/2023
06:30 MYT
Tun M tegaskan akan terus terlibat dalam politik demi negara
Dr Mahathir berkata pendapat Jomo itu bersifat peribadi dan menolak nasihat untuk mengundurkan diri daripada politik. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan terus terlibat dalam arena politik memandangkan khidmatnya masih diperlukan oleh rakyat di negara ini.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak boleh menolak sekiranya ada pihak memerlukan bantuan beliau atau khidmat nasihatnya demi kebaikan negara.
"Demi negara (jika) orang datang minta tolong, mana mungkin saya nak kata maaf tidak boleh tolong pasal saya nak rehat. Saya ada pendapat, (bila diminta) saya sedia beri pendapat," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas laporan media berhubung kenyataan ahli ekonomi Jomo Kwame Sundaram yang memintanya supaya menjadi negarawan dan tidak lagi terlibat dalam politik.
Menurut laporan media, Jomo mengatakan beliau telah menasihati Dr Mahathir supaya tidak terlibat politik tetapi telah ditolak oleh bekas perdana menteri tersebut.
Dr Mahathir berkata pendapat Jomo itu bersifat peribadi dan menolak nasihat untuk mengundurkan diri daripada politik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tun M
#undur diri
#arena politik
#Jomo Kwame Sundaram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan