awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M wakili Malaysia ke pengkebumian Thatcher

Bernama
Bernama
15/04/2013
06:53 MYT
Tun M wakili Malaysia ke pengkebumian Thatcher
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mewakili kerajaan Malaysia pada upacara pengkebumian bekas Perdana Menteri Britain, Baroness Margaret Thatcher, Rabu ini.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Dr Mahathir akan diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke upacara pengkebumian di St Pauls Cathedral, London, United Kingdom, atas jemputan kerajaan Britain.
Pemilihan Dr Mahathir dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kedua-dua tokoh itu akan menyertai personaliti terkemuka antarabangsa yang lain bagi memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri wanita pertama Britain, yang memegang jawatan itu dari 1979 hingga 1990, katanya.
Dr Mahathir yang juga berkhidmat sebagai perdana menteri ketika itu, mempunyai hubungan yang erat dengan Thatcher, yang sekali gus memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom.
Topic Berkaitan
#Britain
#Margaret Thatcher
#pengkebumian
#Tun Mahathir
#UK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan