Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed menyeru kepada akar umbi UMNO untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, ahli UMNO yang sayang kepada perjuangan asal UMNO disaran membantu beliau menyelamatkan parti dan negara.
Jelasnya, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan parti orang Melayu itu hilang kuasa buat pertama kali dan selama-lamanya.
"Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO. Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan, dan dilaksanakan pada tahun ini juga,
"Kita tidak boleh tunggu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali UMNO kalah, ia tidak dapat dipulih semula," katanya dalam tulisan terbaru di blog chedet.cc
Gesaan itu perlu dibuat ketika mesyuarat cawangan UMNO di seluruh negara bermula hari ini dan dijangka berlangsung kira-kira sebulan.
Ia kemudian akan diikuti pula dengan mesyuarat bahagian UMNO yang dijangkakan berakhir pada 18 Julai manakala Persidangan Agung UMNO bagi tahun ini pula dijangka diadakan pada bulan Disember.
Astro Awani
Fri Mar 18 2016
MAHATHIR: Sekali UMNO kalah, ia tidak dapat dipulih semula. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Pemimpin, akar umbi UMNO sokong PN? Kita tengok PRN nanti' - Zambry
Ahmad Faizal mempunyai pandangan sendiri termasuk dakwaan bahawa sokongan akar umbi UMNO, akan beralih kepada PN.
Ahli UMNO perlu terbuka kehadiran Anwar ketika PAU 2023 - Ahmad Maslan
Akar umbi UMNO perlu berlapang dada menerima kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai tetamu kehormat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.
Zahid Hamidi tidak perlu letak jawatan tetapi berundurlah secara terhormat
Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang saran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur secara terhormat dan melepaskan jawatan tertinggi dalam UMNO.
Tun Mahathir gesa akar umbi UMNO 'selamatkan parti dan negara'
Tun Mahathir berkata, ahli UMNO yang sayang kepada perjuangan asal UMNO disaran membantu beliau menyelamatkan parti dan negara.