PUTRAJAYA: Datuk Seri Zambry Abd Kadir meminta semua pihak agar menunggu Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini susulan dakwaan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bahawa ramai pemimpin dan ahli akar umbi UMNO akan memberi kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN).
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, sebagai ahli politik, Pengerusi PN Negeri Sembilan itu mempunyai pandangan peribadi termasuk dakwaan bahawa sokongan akar umbi UMNO, akan beralih kepada pihak lawan.
"Jadi soal sokongan apa semua, kita tengok nanti dalam pilihan akan datang.
"Tentunya kami di peringkat kita (UMNO) mempunyai keyakinan tentang gerak kerja dan sumbangan yang kita berikan dalam usaha kekalkan momentum pertumbuhan dalam negara," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negara (CCFP) Bilangan 2, yang turut disertai pakar akademik dan wakil-wakil kedutaan Malaysia di seluruh dunia.
Hari ini media melaporkan Ahmad Faizal mendakwa pemimpin dan ahli akar umbi UMNO menyatakan sokongan untuk memenangkan PN pada PRN akan datang ketika bertemu dalam siri jelajah ke seluruh Negeri Sembilan.
"Pemimpin dan ahli UMNO yang saya temui meminta saya supaya mencari jalan untuk memastikan PN menang ke enam-enam negeri ini.
"Saya terkejut, mereka minta jentera PN bekerja kuat supaya menang di enam negeri. Semua lahirkan sokongan. Saya jumpa ketua UMNO cawangan, ketua wanita UMNO cawangan, ketua pemuda UMNO bahagian, mereka sedang bantu kita berkempen," katanya memetik laporan media.
Mengulas lanjut, Zambry berkata UMNO juga ada pandangan sendiri dan yakin terhadap usaha parti itu untuk menstabilkan negara dan meneruskan khidmat kepada rakyat.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menambah di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri meminta supaya setiap parti politik dalam Kerajaan Perpaduan agar memberikan tumpuan terhadap usaha membina semula negara.
"Tentunya sebagai ahli politik, dia (Ahmad Faizal) mengatakan dapat sokongan itu dan sokongan ini. Itu pandangan dia.
"Tetapi mempunyai pandangan kita dan kita berkeyakinan apa yang kita sampaikan dalam usaha untuk memastikan negara stabil, meneruskan gerak kerja untuk memberi khidmat rakyat, memelihara negara agar sentiasa berada dalam kestabilan, serta membawa pelaburan-pelaburan masuk ke negara kita," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Langkawi yang juga anak Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin memberitahu sokongan umum dan akar umbi terhadap bapanya adalah besar dan mungkin melebihi sokongan kepada parti UMNO sendiri.
Dalam situasi itu, beliau menjangkakan, ada sebilangan penyokong bekas Perdana Menteri itu yang tidak keluar mengundi ataupun memberikan undi kepada pihak lawan pada PRN, 12 Ogos depan.
Hasimi Muhamad
Mon Jul 17 2023
Zambry berkata, sebagai ahli politik, Ahmad Faizal mempunyai pandangan sendiri termasuk dakwaan bahawa sokongan akar umbi UMNO, akan beralih kepada pihak lawan - Foto fail/ BERNAMA
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
AWANI Ringkas: Sultan Nazrin dilantik Pengerusi MKI untuk 2 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: Sejauh mana reformasi dasar diperlukan untuk tangani cabaran TVET?
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Niaga AWANI: Pekerja Kesuma Bangsa: Lonjakkan kesejahteraan pekerja, produktiviti organisasi
Bagaimana untuk memahami hubungan antara kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi, terutamanya dalam konteks Malaysia?
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga pekerja
Seri Paduka Baginda berdua bertitah warga pekerja adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Boleh guna kad debit, kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Kaedah pembayaran baharu ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian untuk pengguna Rapid KL.
Bekas pemain yakin Arne Slot pilihan tepat buat Liverpool
Feyenoord dan Liverpool dilaporkan minggu lalu mencapai persetujuan pada dasarnya untuk Slot mengambil alih daripada Jurgen Klopp musim depan.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.
Kesetiaan saya kepada Muhyiddin masih utuh - Peja
Beliau menjelaskan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak lawan atau menyokong kepimpinan Kerajaan Persekutuan sedia ada.
Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan boleh dipikul anak tempatan - Peja
Beliau bercadang untuk memaklumkan kepada Pengerusi dan Majlis Tertinggi PN agar dibuat pertukaran jawatan tersebut.
Pengerusi PN Negeri Sembilan: 'Peja seolah-olah tidak lagi berminat' - Rafie
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sekiranya tidak lagi berminat untuk menjalankan tugasnya.
'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya untuk akar umbi parti.
PRN: PH perlu berlapang dada, serah kerusi MB kepada Jalaluddin - Peja
UMNO yang menang banyak kerusi di Negeri Sembilan seharusnya diberi jawatan Menteri Besar, cadang Peja.
Dakwaan gangguan seksual: Peja lantik peguam lindungi daripada laporan palsu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggunakan khidmat peguam bagi mendapatkan nasihat untuk melindunginya daripada laporan palsu.