awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak - MetMalaysia
Disney bayar denda AS$10 juta selesai dakwaan langgar privasi kanak-kanak
Guatemala catat penurunan deportasi 23 peratus, 55,000 warga dihantar pulang sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid Hamidi tidak perlu letak jawatan tetapi berundurlah secara terhormat

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
07/04/2021
10:36 MYT
Zahid Hamidi tidak perlu letak jawatan tetapi berundurlah secara terhormat
Penjenamaan semula perlu dilaksanakan segera dalam UMNO dengan memberi peluang kepada muka-muka baharu yang sesuai dengan peredaran zaman, kata Mohd Helmi Buang. - Gambar SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang menyarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur secara terhormat dan melepaskan jawatan tertinggi dalam UMNO kerana parti itu memerlukan kepimpinan yang baharu dan segar.
Ini kerana, ujar beliau, penjenamaan semula perlu dilaksanakan segera dalam UMNO dengan memberi peluang kepada muka-muka baharu yang sesuai dengan peredaran zaman.
Menurut beliau, pemimpin yang ada hari ini perlu sedar masa dan ketika mereka sudah habis untuk mengemudi parti.
“Jangan sentiasa mendongak ke langit, pandang-pandanglah ke bawah. UMNO perlu bangkit dengan kepimpinan yang baharu dan segar. Tidak perlu letak jawatan, tetapi berundurlah dengan secara terhormat.
“Muka-muka baharu perlu diberi ruang dan peluang mengikut peredaran zaman kerana UMNO sentiasa relevan tetapi pemimpin yang ada hari ini perlu sedar masa dan ketika mereka sudah habis untuk mengemudi parti,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.
[LAPOR LANGSUNG] Zahid nafi rakaman audio perbualan bersama Anwar
Tambahnya, pemimpin yang hebat pasti akan mengamalkan kemahiran coaching and mentoring dalam sesebuah organisasi.
Namun amalan ini, tegasnya, tidak diamalkan dalam parti itu, sebaliknya, generasi baharu dibiarkan dan tidak diberi peluang untuk dipimpin menjadi pemimpin di masa hadapan.
"Merawat dan mengubati lebih baik daripada menyokong pemimpin yang tiada lagi karisma dan haluan dalam perjuangan parti.
Politik | Zahid perlu berundur untuk pulihkan imej UMNO
“Akhirnya sokongan itu membawa rebah. Pentingkan parti, yakinlah masih ramai lagi pejuang-pejuang UMNO yang akan memperjuangkan parti ini,” tambahnya lagi.
Selain itu jelasnya, akar umbi dan orang Melayu akan terus memberi kepercayaan kepada parti keramat itu kerana UMNO sentiasa memperjuangkan agama Islam, hak keistimewaan orang Melayu serta menjaga kepentingan rakyat Malaysia berbilang kaum.
Justeru, katanya, apa yang diperjuangkan pemimpin dan ahli perlulah bertunjangkan parti serta rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#UMNO
#kepimpinan UMNO
#akar umbi UMNO
#pilihan raya umum
#Mohd Helmi Buang
#hak keistimewaan Melayu
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan