Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disaran melepaskan jawatan sebagai Presiden Kehormat dalam Yayasan Kepimpinan Perdana berikutan kelantangannya mengkritik kerajaan akhir-akhir ini.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz berkata, sudah tiba masanya Dr Mahathir memikirkan kembali bahawa tindakan mencari populariti jalanan untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu langkah yang tidak mengikut Perlembagaan.
"Melihat kepada gerakan jalanan berterusan yang diketuai oleh Dr Mahathir dalam usaha mengguling Presiden UMNO Dan Perdana Menteri Malaysia yang telah dipilih melalui saluran demokrasi, saya berpendapat bahawa sudah tiba masanya dia melepaskan jawatan sebagai Presiden Kehormat dalam Yayasan Kepimpinan Perdana.
"Ini adalah kerana sebagai sebuah institusi yang diwujudkan untuk mengkaji kepimpinan negara terutama jasa, pengorbanan dan pencapaian semua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, sudah tentu ia berpaksikan penghormatan dan kepatuhan kepada sistem berparlimen negara dan Perlembagaan Persekutuan yang hari ini jelas ditentang oleh Dr Mahathir sendiri," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Rabu.
Tengku Zuhri mengulas perhimpunan Kongres Rakyat pada Ahad lepas di Shah Alam, Selangor yang turut disertai Dr Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hormati sistem
Rata-rata pemimpin yang menyampaikan ucapan menyentuh perkara-perkara seperti penyalahgunaan kuasa, sistem kehakiman, dana politik, hak rakyat, pemulihan ekonomi dan cita-cita menjadikan Malaysia negara yang lebih baik.
Seramai 19 pemimpin pelbagai latar belakang menyampaikan ucapan termasuk pemimpin pembangkang yang antara lain merumuskan tentang harapan dan masa depan rakyat negara ini.
Dalam pada itu jelas Tengku Zuhri, Dr Mahathir harus faham, kesemua perdana menteri dipilih melalui sistem demokrasi yang sama.
"Sebagai Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, dia seharusnya tahu kepentingan menghormati sistem dan peruntukan undang-undang yang telah dibina sejak penubuhan negara.
"Jika perkara ini tidak dihormati maka ia akan menyampaikan satu mesej yang merbahaya di mana sistem dan undang-undang tidak lagi penting bagi rakyat terutamanya golongan muda. Pilihan raya adalah medan untuk menentukan pemimpin negara, bukan melalui desakan jalanan.
"Mesej yang dibawa oleh gerakan ini juga sudah tentu bercanggah dengan objektif penubuhan Yayasan Kepimpinan Perdana," ujarnya.
Justeru itu, desakan Tengku Zuhri terhadap perletakan jawatan Dr Mahathir perlu bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya salah tafsir akan objektif sebenar penubuhannya.
"Lebih teruk lagi jika yayasan ini digunakan sebagai landasan untuk menggerak kepentingan atau agenda politik peribadi mana-mana pihak," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Wed Mar 30 2016
TENGKU ZUHRI: Sudah tiba masanya Dr Mahathir memikirkan kembali bahawa tindakan mencari populariti jalanan untuk menggulingkan Perdana Menteri itu langkah yang tidak mengikut Perlembagaan.- Gambar fail
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Kes 'Kutty': Tun Mahathir tunjuk salinan asal kad pengenalan, dokumen keluarga kepada wartawan
Dr Mahathir menunjukkan beberapa salinan dokumen termasuk kad pengenalan lama miliknya, isteri dan empat anaknya berserta surat beranak asal bagi membuktikan nama sebenarnya.
RCI Batu Puteh syor siasatan jenayah terhadap Dr Mahathir
RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Tun Dr Mahathir.
Ulang tahun ke-99: Seluruh hidup saya untuk berkhidmat kepada negara - Tun M
Dr Mahathir berkata, beliau berterima kasih di atas semua sokongan yang diberikan kepadanya pada masa dahulu.
Tun Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam tekan rejim Zionis
Dr Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam yang dianggarkan berjumlah 1.7 bilion di seluruh dunia terhadap barangan Israel akan menekan rejim Zionis.
Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
Lantikan penjawat awam ikut merit bukan kuota kaum - SPA
SPA menyatakan kaedah pelantikan penjawat awam adalah telus berdasarkan merit dan kompetensi calon dan bukannya mengikut kuota untuk suatu kaum atau etnik tertentu.
Ramasamy gesa Anwar pecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam
Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mereformasikan perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu dimana dakwanya dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj
Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang?
Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
PRU15: Larangan telefon bimbit, Tun Mahathir ucap terima kasih kepada SPR
Tun Dr Mahathir merakamkan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana bersetuju dengan cadangannya supaya tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit sewaktu mengundi PRU15.