"Tun Mahathir tolak saya, tapi orang Melayu, saya belum pasti".
Demikian kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu wawancara eksklusif Sinar Harian, pada Khamis, kononnya orang Melayu tidak menyokong Ahli Parlimen Port Dickson itu ekoran falsafah politiknya yang liberal.
Mengulas kenyataan itu, Anwar memberitahu, beliau bertanding di sebuah kawasan yang majoriti besar pengundi Melayu.
"Di Port Dickson, majoritinya lebih 60 peratus sokong saya, di Pematang Pauh pun sama. Jadi saya rasa tidak perlu ulas perkara itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Jumaat ini.
Beliau pertama kali berdepan dengan media sejak pembentukan kerajaan baharu yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar.
Dalam pada itu, Anwar juga tidak menolak kemungkinan akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.
Katanya, perbincangan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu pagi tadi tidak menolak sebarang kemungkinan.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak mahu terlalu fokus kepada perbalahan politik semata-mata memandangkan rakyat sudah letih dengan masalah ekonomi termasuk isu kehilangan kerja.
Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat memberitahu, setakat ini, Pakatan Harapan (PH) masih belum membuat keputusan mengenai pemilihan Ketua Pembangkang dan perkara itu masih dalam perbincangan.
Namun demikian, jika dilihat pada demografi kerusi Parlimen, DAP dilihat mempunyai majoriti dengan 42 kerusi dan diikuti PKR (39 kerusi).
Dengan ini, kedudukan Anwar yang sebelum ini dilihat bakal menjadi Ketua Pembangkang ketika sesi persidangan Dewan Rakyat masih menjadi persoalan.
Umavathi Ramayah
Fri Mar 13 2020
Anwar memberitahu, beliau bertanding di kawasan yang majoriti besar pengundi Melayu.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.
Parlimen: Komitmen kerajaan ke atas syarikat memonopoli bekalan ubat akan dibatal
Kerajaan akan membatalkan komitmen pembelian ubat dengan beberapa syarikat yang memonopolikan pembekalan itu.