awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM lepasi sasaran kutipan, rekod RM76.18 bilion pada 2025
Juruaudit luar syarat baharu konsesi penyelenggaraan jalan - Nanta Linggi
Buang puntung rokok, buruh binaan didenda RM300
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Musa, Ahmad Zahid bersama jemaah solat jenazah Allahyarham Bung Moktar

Bernama
Bernama
05/12/2025
06:51 MYT
Tun Musa, Ahmad Zahid bersama jemaah solat jenazah Allahyarham Bung Moktar
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman bersama ribuan jemaah hadir menunaikan solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu hari ini. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama ribuan jemaah hadir menunaikan solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ringkasan AI
  • Timbalan Perdana Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah bersama ribuan jemaah menghadiri solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin di Kota Kinabalu.
  • Solat jenazah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri dan dihadiri oleh beberapa menteri Kabinet Sabah serta pemimpin BN Sabah.
  • Jenazah Allahyarham kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas selepas menerima penghormatan terakhir dari pemimpin tertinggi BN.

Solat jenazah yang dilaksanakan selepas solat Jumaat itu telah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Ustaz Suhaidi Kuanting di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini.
Turut serta Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Mohd Razali Wahab.
Hadir sama beberapa menteri Kabinet Sabah yang lain, pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah, ahli keluarga, waris dan kenalan Allahyarham.
Selesai solat jenazah, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN bersama pemimpin tertinggi BN lain memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Bung Moktar.
Jenazah Allahyarham Bung Moktar kemudian dibawa keluar dari dewan solat masjid berkenaan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini.
Terdahulu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersama pemimpin negeri serta orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di kediaman tokoh politik itu yang juga Pengerusi BN Sabah, di Luyang.
Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi tadi dan pemergian itu disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar.
Bung Moktar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 Nov lepas.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#Ahmad Zahid Hamidi
#Musa Aman
#solat jenazah
#meninggal dunia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan