PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini membatalkan rayuan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan beliau memfailkan tuntutan balas berhubung tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya beliau membayar cukai pendapatan tertunggak berjumlah RM9.41 juta.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah memutuskan bahawa rayuan Muhammad Shafee adalah tidak kompeten kerana perkara itu tidak boleh dirayu di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman.
Hanipah, yang bersidang bersama-sama Datuk Azimah Omar dan Datuk Wong Kian Kheong, turut mengarahkan peguam veteran itu agar membayar kos sebanyak RM10,000.
Muhammad Shafee diwakili peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Wee Yeong Kang manakala peguam kanan LHDN Norhisham Ahmad, Al-Hummidallah Idrus, Norzilah N Hamod@Abdul Hamid dan Muhammad Faqrol Syazreen Mohd Ghause hadir bagi pihak LHDN.
Sementara itu, Rajan memaklumkan pemberita bahawa anak guamnya bebas memfailkan saman baharu.
Pada 13 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Muhammad Shafee untuk memperoleh kebenaran memfailkan tuntutan balas selepas mendapati ia bukan berpunca daripada tuntutan cukai sebaliknya tindakan mala fide oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Peguam Negara yang tidak termasuk dalam skop ditetapkan oleh peraturan yang melarang tuntutan balas.
Pada 21 Dis tahun lepas, Muhammad Shafee diperintah oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah lebih RM5.5 juta kepada LHDN selepas membenarkan permohonan LHDN bagi mendapatkan penghakiman terus terhadap peguam itu.
LHDN, yang memfailkan saman itu pada 6 Mei 2021, mendakwa peguam tersebut gagal menjelaskan keseluruhan tunggakan cukai pendapatan yang dikenakan ke atasnya berjumlah RM9,414,708.32 bagi tahun taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Panel tiga hakim memutuskan bahawa rayuan Muhammad Shafee tidak kompeten kerana perkara itu tidak boleh dirayu di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman. - Astro AWANI / Shahir Omar
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman didengar pada 18 Julai ini
Peguam Emile Ezra Md Hussain, yang mewakili Peter, 53, mengesahkan perkara itu.
Tunggakan cukai: Mahkamah batal rayuan Muhammad Shafee fail tuntutan balas
Panel tiga hakim memutuskan bahawa rayuan Muhammad Shafee tidak kompeten kerana perkara itu tidak boleh dirayu di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman.
Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad 6 Mac
Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Mac untuk keputusan rayuan Tan Sri Mohd Isa Samad terhadap sabitan, hukuman penjara enam tahun dan denda bagi kesalahan rasuah.
Rayuan pemuda disabitkan kesalahan bunuh dalam kebakaran pusat tahfiz didengar 21 Feb
Ia berhubung sabitan kesalahan membunuh 23 orang dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.
Kerajaan dan NFCorp tidak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
Perkara itu disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan yang mewakili kerajaan.
Penjawat awam disabit kesalahan pandu secara cuai dapat kebenaran merayu
Wanita itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bersalah atas kesalahan memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian.
Penjara 12 tahun, rayuan Siti Bainun didengar hari ini
Semakan laman web mahkamah mendapati, prosiding akan didengar di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin.
Rayuan bekas presiden Perancis Sarkozy terhadap sabitan penjara setahun bermula di Paris
Rayuan bekas presiden Perancis Nicolas Sarkozy terhadap sabitan penjara setahun ke atasnya pada 2021 atas pertuduhan pembiayaan haram semasa pilihan raya bermula pada Rabu.