awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tunggu diwarta, baru boleh guna Premier ganti Ketua Menteri Sarawak' - Abdul Karim

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
16/02/2022
09:59 MYT
'Tunggu diwarta, baru boleh guna Premier ganti Ketua Menteri Sarawak' - Abdul Karim
Abdul Karim berkata tarikh spesifik pewartaan berkenaan akan diumumkan oleh kerajaan negeri, tidak lama lagi. - Gambar fail
KUCHING: Penggunaan gelaran 'Premier' untuk menggantikan Ketua Menteri Sarawak masih tidak boleh digunakan secara rasmi dan perlu menunggu Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 itu diwartakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.
Menteri Pelancongan, Seni Kreatif, dan Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tarikh spesifik pewartaan berkenaan akan diumumkan oleh kerajaan negeri, tidak lama lagi.
“Untuk penggunaan secara rasmi kita perlu tungu ianya digazet dan melalui proses perundangan seterusnya antara lain sehingga ke peringkat Yang di-Pertua Negeri Sarawak untuk bersetuju.
“Kemudian tarikh spesifik akan ditetapkan bila RUU ini boleh dikuatkuasakan, maka perkara itu kita perlu tunggu keputusan daripada Kabinet kerajaan negeri bila istilah Premier itu akan digunakan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.
Pertukaran istilah Ketua Menteri Sarawak kepada 'Premier'
Tambahanya proses untuk mewartakan RUU berkenaan boleh berlaku dalam tempoh seminggu selepas ia diluluskan DUN.
Jelasnya proses tersebut tidak akan mengambil masa lama sehingga melebihi tiga bulan kerana ia akan menimbulkan lebih banyak persoalan daripada pelbagai pihak selain bagi menghormati dan menjunjung prinsip Perlembagaan berkenaan.
“Jika RUU ini sudah dibentang secara besar seperti ini, adalah lebih baik pewartaannya dipercepatkan, kalau kita tunggu sampai berbulan-bulan ia akan menyebabkan timbulnya spekulasi yang baharu.
“Kenapa perlu menunggu sampai tiga bulan kalau pewartaannya dapat dibuat dalam masa sebulan ataupun seminggu, atau lebih awal adalah lebih baik," katanya.
Pada Selasa, DUN Sarawak meluluskan pindaan RUU berkenaan melibatkan beberapa perkara khasnya Perkara 6(3) Perlembagaan Negeri Sarawak menggantikan terma Ketua Menteri kepada "Premier'.
Turut dipinda di bawah RUU berkenaan adalah Perkara 7A bagi menggantikan jawatan ‘Menteri Muda’ kepada ‘Timbalan Menteri.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#premier
#Ketua Menteri
#pewartaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan