Anggota Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien kini sedang berusaha mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia bagi membenarkan beberapa anggota keluarga tahanan Malaysia di Kemboja untuk turut serta berangkat ke negara itu, Rabu ini.
Beliau berkata, ini adalah disebabkan ada antara anggota keluarga tahanan itu didapati tidak boleh keluar negara kerana mempunyai masalah dengan Jabatan Insolvensi Malaysia.
Dalam perkembangan yang lain, Larry berkata, beliau turut dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Datuk Dr Othsman Hassan bahawa kesemua 47 tahanan tersebut telah menerima kunjungan "Uncle Azra" atau Mohd Azra, sahabat kepada ibu salah seorang tahanan Malaysia itu yang berusaha menemui mereka di penjara mereka ditempatkan dengan bantuan pihak kedutaan Malaysia di sana.
Turut hadir dalam kunjungan itu, anggota "Cambodian Muslim Youth Alliance" bagi membekalkan makanan dan minuman halal kepada para tahanan.
Hari Isnin merupakan hari ke-62 tahanan rakyat Malaysia berada di penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja kerana disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 11 2019

Rakyat Malaysia itu telah berada di penjara Kemoja itu selama 62 hari. - Foto fail
![AWANI Sarawak [16/01/2021] - Berkuat kuasa 18 Januari | 2,049 kes kumulatif | Pencarian berakhir AWANI Sarawak [16/01/2021] - Berkuat kuasa 18 Januari | 2,049 kes kumulatif | Pencarian berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/34381542561610796306948/1885815_10096174471610797124998_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [16/01/2021] - Berkuat kuasa 18 Januari | 2,049 kes kumulatif | Pencarian berakhir
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Jasmine Abu Bakar membawakan tumpuan berikut: - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seluruh Sarawak kecuali Sibu.. - Kluster Pasai terus jadi penyumbang utama kes COVID-19 di Sarawak. - Tiga hari hanyut, jasad Awangku Sahibul akhirnya ditemui. Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

COVID-19: Enam lagi kluster baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam
Tiga daripada kluster tersebut dikesan di Johor dan tiga lagi kluster masing-masing di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.

Batal darurat: Shahidan Kassim selar Anwar, anggap tidak wajar
Shahidan berkata, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya terlebih dahulu.

Kes aktif kini lebih 37,000: Ini fakta situasi COVID-19 hari ini
Berikut perincian kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

COVID-19: 4,029 jangkitan, kes harian paling tinggi!
Ia menjadikan jumlah kes aktif yang sedang dirawat kini adalah 37,126 kes dengan 205 kini di unit rawatan rapi (ICU) dan 79 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jurukimpal maut, 2 cedera akibat letupan di kilang
Kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pengimpalan di sebuah tangki dalam kilang memproses produk kelapa sawit ketika kejadian.

Majlis Presiden PH bincang kerjasama Anwar, Tun M
Difahamkan isu kerjasama dengan Mahathir dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada penghujung mesyuarat tersebut yang diadakan pada 11 Januari lalu.

AmBank beri moratorium enam bulan kepada mangsa banjir
Moratorium itu merangkumi ansuran bulanan atau pembayaran balik bagi semua fasiliti pinjaman dan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit.

Sidang media dalam talian, parti politik sambut baik cadangan NUJ
Parti politik menyambut baik cadangan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mencadangkan ahli politik mengadakan sidang media secara dalam talian.

Penduduk anggap banjir di Pitas paling buruk pernah dihadapi
Daerah Pitas yang paling terjejas akibat banjir di Sabah malah terputus hubungan beberapa hari lalu apabila banyak jalan dan jambatan utama rosak.

Tunggu kebenaran imigresen bawa anggota keluarga ke Kemboja - Larry Sng
Larry Sng Wei Shien kini sedang berusaha mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia bagi membenarkan beberapa anggota keluarga tahanan Malaysia di Kemboja untuk ke negara itu.