awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Mahkota Ismail berangkat ke majlis penutup Tilawah Al-Quran Kali Ke-68

Bernama
Bernama
07/03/2024
23:40 MYT
Tunku Mahkota Ismail berangkat ke majlis penutup Tilawah Al-Quran Kali Ke-68
Tunku Mahkota Ismail dan Che' Puan Mahkota berangkat ke Majlis Perasmian Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-68 dan Menghafaz Al-Quran di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang semalam. - Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor
JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor, berangkat ke Majlis Perasmian Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-68 dan Menghafaz Al-Quran.
Majlis tersebut berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang semalam.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook Tunku Mahkota Ismail, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.
Berangkat sama adinda Pemangku Sultan Johor iaitu Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim serta Keluarga Diraja Johor.
Turut hadir Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid.
Majlis Tilawah Al-Quran dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor 2024M/1445H itu diadakan bermula Isnin lepas (4 Mac).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tunku mahkota ismail
#Tilawah Al-Quran Kali Ke-68
#Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Johor
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan