Isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan cahaya mata ketiga malam tadi.
TMJ bekongsi berita gembira itu di laman Facebook rasminya pada awal pagi Rabu.
Menurut TMJ, isterinya selamat melahirkan bayi lelaki.
“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah peliharakan sultan,” tulisnya di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor.
Entri tersebut juga memaparkan tiga keping gambar yang menunjukkan TMJ bersama isteri dan cahaya mata ketiga mereka di sebuah wad hospital.
Kelahiran terbaharu ini merupakan putera kedua buat pasangan diraja itu selepas Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang kini berusia dua tahun.
Pasangan ini juga dikurniakan seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, 3, yang juga cahaya mata sulung mereka.
Sebelum ini, Che Puan Khaleeda memuat naik gambarnya bersama TMJ berserta dua cahaya mata mereka di laman sosial dengan memaklumkan bakal menerima ahli keluarga baharu.
“Sebelum kami menjadi sebuah keluarga lima orang,” menurut posting di Instagram miliknya pada Ahad lalu.
Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda telah melangsungkan perkahwinan pada 24 Oktober 2014.
Afiq Ariffin
Wed Jul 17 2019

Kegembiraan pasangan diraja, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Khaleeda Bustamam menyambut kehadiran putera yang dilahirkan pada Selasa malam. - Gambar Facebook HRH Crown Prince of Johor

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 15 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

PKP 2.0: Polis Pulau Pinang perketat kawalan keluar, masuk
Ppemeriksaan di stesen berkenaan dibuat bagi memastikan semua pengguna komuter serta ETS mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tidak merentas negeri tanpa kebenaran.

AWANI Ringkas: PKP di Kelantan, tiga daerah Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [15/01/2021]: PKP dikuatkuasakan di Kelantan | Tiga fasa suntikan vaksin AWANI 7:45 [15/01/2021]: PKP dikuatkuasakan di Kelantan | Tiga fasa suntikan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/15786204111610716202552/1885680_1221140381610716645763_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [15/01/2021]: PKP dikuatkuasakan di Kelantan | Tiga fasa suntikan vaksin
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Jasmine Abu Bakar. Fokus #AWANI745: - Tun M dakwa Perdana Menteri diktator. - PKP dilaksanakan di Kelantan bermula esok. - Tinjauan dapati rakyat gagal patuh SOP. #Darurat #PolitikMalaysia #HapusCOVID19 Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv

#AgendaAWANI: COVID-19 | Pendekatan baharu kesihatan awam tangani pandemik
Apa pendekatan baharu kesihatan awam dalam menangani pandemik #COVID19 yang masih belum reda? Diskusi @nazri.kahar bersama Prof. Madya Dr. Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam, UPM dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

SOP PKP 2.0 | Sejauh mana orang ramai patuh
Sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan PKP diperkenalkan semula. Wartawan Fareez Azman melakukan tinjauan bersama PDRM sepanjang hari ini, untuk mengetahui sejauh mana pematuhan SOP di kalangan orang ramai.

Platform penyimpan minyak separa tenggelam buatan China tiba di Hainan
Platform simpanan minyak separa tenggelam yang pertama dihasilkan China tiba di Hainan sebelum memulakan operasi di Medan Gas Luar Persisir Lingshui 17-2 di Laut China Selatan Jun nanti.

SOP COVID-19 | Warga Kelantan alpa, kata Ketua Polis Negeri
Tahap kepatuhan penduduk Kelantan terhadap SOP norma baharu semakin terhakis. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, akibat kealpaan penduduk negeri itu, hampir semua daerah di kelantan dikategorikan sebagai zon merah.

Jumlah dagangan dua hala China-RCEP meningkat 3.5% pada 2020
Dagangan dua hala China dan anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau bagai tahun 2020 mencatatkan peningkatan 3.5 peratus dengan nilai RMB10.2 trilion atau RM6.3 trilion.

COVID-19: Malaysia catat 3,211 kes baharu, 8 kematian
Malaysia mencatatkan sebanyak 3,211 kes jangkitan COVID-19 baharu dengan lapan kematian pada Jumaat, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, daripada 3,211 kes itu, sebanyak 3,206 merupakan penularan tempatan manakala lima adalah kes import.

Ibu dan bayi perempuan maut, kereta dinaiki langgar pokok
Pemandu B. Guna yang juga suami Nagaranjini, dan anak lelaki mereka, G. Trishikan, 6, masing-masing patah kaki kiri dan mengalami luka-luka.

Banjir: 4,222 mangsa dipindahkan di Sarawak
Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak , sehingga jam 8 pagi ini, 49 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di seluruh negeri, melibatkan 1,127 keluarga

Pemain dram Drama Band, Faeez Ikhwan sekeluarga dijangkiti COVID-19
Pemain Dram Drama Band, Faeez Ikhwan mengesahkan bahawa beliau telah dijangkiti COVID-19.

Gadis 19 tahun ditahan dipercayai buang bayi dari tingkat 13 hotel
Polis menahan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes buang bayi di Jalan Bukit Mata dekat Kuching pada Rabu.

Bayi 4 bulan meninggal dunia di rumah pengasuh di Putrajaya
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 9 di sini semalam.

Wad bersalin terbakar, 10 bayi maut
10 bayi dilaporkan terbunuh selepas sebuah wad di sebuah hospital di Bhandara, Maharashtra, barat India, terbakar.

COVID-19: Bayi empat bulan antara 16 kes positif di Sarawak
Kes termuda adalah kes 1,191 iaitu bayi berumur empat bulan yang pernah mengalami demam pada 31 Disember 2020.

Bayi perempuan ditemui dibuang dalam kotak di kebun sawit
Bayi berkenaan ditemui seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu untuk memancing di sungai berhampiran kira-kira jam 1.50 tengah hari.

Wanita sarat mengandung di PPS, berpantang pun sekali lagi di PPS
Tidak sampai dua bulan, seorang wanita yang baru sahaja bersalin 40 hari lepas, sekali lagi terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Tragedi Feri Triso: Gadis tular mendakap bayi tak bernyawa luah rasa pilu
Christina berkongsi kesedihan yang dirasai apabila dua ibu saudara dan tujuh sepupu yang cukup rapat sejak mereka kecil kini meninggal dunia di depan matanya sendiri.