awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turapan jalan besar-besaran di Selangor dua minggu lagi

Sinar Harian
Sinar Harian
07/05/2023
05:20 MYT
Turapan jalan besar-besaran di Selangor dua minggu lagi
Izham berkata, lebih 20 kontraktor terlibat dalam projek tersebut yang dijangka mengambil masa selama dua bulan. -Gambar fail/Sinar Harian
AMPANG: Kerja menurap jalan rosak secara besar-besaran di Selangor akan dilaksana serentak dua minggu lagi.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Ir Izham Hashim berkata, lebih 20 kontraktor terlibat dalam projek tersebut yang dijangka mengambil masa selama dua bulan.
Menurutnya, projek membabitkan peruntukan RM50 juta itu menumpukan kawasan yang menghadapi masalah jalan rosak teruk serta lokasi yang tidak mendapat perhatian.
"Kita juga akan utamakan jalan yang dicadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT), majlis daerah dan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya seperti dilaporkan Selangor Kini pada Ahad.
Izham berkata demikian ketika ditemui dalam majlis sambutan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah di Kampung Pandan Dalam di sini, pada malam Sabtu.
Beliau berkata, jumlah kerja penurapan berbeza bagi setiap daerah bergantung kepada laporan yang dibuat agensi terlibat.
Terdahulu, menerusi Bajet 2023, kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan sebanyak RM145 juta untuk meningkatkan sistem jaringan jalan raya di negeri berkenaan.
Ia termasuk kerja penurapan mega melibatkan jalan-jalan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).
Susulan itu, Izham telah meminta PBT di Selangor mengenal pasti dan menyenaraikan jalan-jalan kritikal di kawasan pentadbiran masing-masing bagi tujuan tersebut. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#izham hashim
#turap jalan rosak
#jalan-jalan kritikal
#Kontraktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan