awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turki mahu bekerjasama dengan Malaysia perangi keganasan

Bernama
Bernama
19/04/2016
00:46 MYT
Turki mahu bekerjasama dengan Malaysia perangi keganasan
Turki mahu menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dalam memerangi keganasan terutamanya yang dilancarkan kumpulan militan Daish.
Turki mahu menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dalam memerangi keganasan terutamanya yang dilancarkan kumpulan militan Daish.
Menteri Pertahanan Turki Suay Alpay berkata negaranya mengagumi pengalaman dan langkah Malaysia dalam menangani ancaman kumpulan itu.
"Malaysia adalah satu daripada negara anggota ASEAN yang kami ingin jalinkan kerjasama," katanya pada Forum Putrajaya 2016 bertema 'Kerjasama Serantau Dalam Menangani Cabaran Keselamatan' di sebuah hotel di sini, pada Isnin.
Alpay, seorang daripada penceramah pada forum itu, berkata Turki memberi sokongan kepada rantau yang teratur seperti ASEAN dan ingin mempelajari lebih banyak tentang pertubuhan serantau itu.
Malaysia berpengalaman luas dalam menangani keganasan sejak pemberontakan komunis pada 1940-an hingga 1960-an selain kumpulan pengganas lain seperti Al-Maunah dan Jemaah Islamiyah.
Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen pula berkata ASEAN perlu meningkatkan perisikan bagi mengekang ancaman kumpulan pengganas Daish.
"Kami menganggap ancaman ini amat serius dan saya, bersama-sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, berpendapat usaha perisikan perlu ditingkatkan.
"Setakat ini, kami telah meningkatkan perisikan dengan Amerika Syarikat dan Australia," katanya yang juga seorang daripada penceramah pada forum itu.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan forum itu yang dianjurkan bersempena Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Tun Hussien
#memerangi keganasan
#militan Daish
#Ng Eng Hen
#Suay Alpay
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan