awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye sedia perkukuh hubungan dengan ASEAN di bawah kepengerusian Malaysia - Duta

Bernama
Bernama
27/10/2024
03:00 MYT
Turkiye sedia perkukuh hubungan dengan ASEAN di bawah kepengerusian Malaysia - Duta
Emir Salim Yuksel menekankan hubungan persaudaraan yang lama terjalin antara Turkiye dan Malaysia sejak abad ke-16, apabila empayar Uthmaniyyah dan Kesultanan Johor menjalin hubungan.
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Kebangsaan Republik Turkiye ke-101 pada Selasa (29 Oktober), negara itu menzahirkan komitmen untuk memperkukuh hubungan dengan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia pada 2025.
Ini juga bertepatan sempena ulang tahun enam dekad hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel menekankan hubungan persaudaraan yang lama terjalin antara Turkiye dan Malaysia sejak abad ke-16, apabila empayar Uthmaniyyah dan Kesultanan Johor menjalin hubungan.
Oleh itu, beliau menegaskan bahawa Turkiye bersedia menyokong kepimpinan Malaysia dalam ASEAN, dengan menyatakan ASEAN adalah platform penting bagi memperkukuh kerjasama serantau.
Malaysia juga merupakan rakan dagangan terbesar Turkiye dalam kalangan negara ASEAN.
"Turkiye berhasrat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti ASEAN semasa Malaysia memegang jawatan pengerusi pada 2025," kata Yuksel kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini, sambil menambah bahawa Asia memainkan peranan penting dalam dasar luar Turkiye.
Sejak 2017, Turkiye menjadi Rakan Dialog Sektoral ASEAN dan berharap untuk mencapai status Rakan Dialog penuh tidak lama lagi.
Mengenai hubungan Turkiye-Malaysia, Yuksel berkata kemajuan ketara dalam sektor perdagangan, dengan jumlah dagangan pada 2023 mencecah US$4.6 bilion (RM19.78 bilion).
Kedua-dua negara baru-baru ini memperluaskan Perjanjian Perdagangan Bebas mereka bagi merangkumi perkhidmatan, pelaburan dan e-dagang.
Beliau turut merujuk kepada lawatan peringkat tinggi antara pemimpin, termasuk dua lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkiye tahun lalu.
Yuksel menzahirkan penghargaan atas sokongan Malaysia selepas tragedi gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye pada Februari 2023, dengan Malaysia menghantar pasukan mencari dan menyelamat serta mengendalikan sebuah hospital lapangan.
Beliau turut mencadangkan kedua-dua negara memberi tumpuan kepada kerjasama dalam bidang teknologi dan inovasi.
Sementara itu, Yuksel turut menyuarakan hasrat untuk meningkatkan pertukaran pelajar dan menekankan hubungan kukuh dalam sektor pelancongan, dengan lebih 95,000 pelancong Malaysia melawat Turkiye pada 2023.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Republik Turkiye ke-101, Yuksel menegaskan komitmen negara itu terhadap kestabilan serantau dan global serta menyokong komuniti tertindas di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Turkiye
#Malaysia
#Hubungan dua hala
#Pengerusi ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan