GUAR CHEMPEDAK: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi amaran kepada pemilik kedai runcit yang berselindung menjual nombor ekor di premis tersebut.
Menurutnya, kerajaan negeri tidak akan berkompromi sekiranya premis terbabit dikenal pasti terlibat dalam perjudian tersebut dan tidak akan teragak-agak menarik semula lesen perniagaan.
“Saya tahu ada kedai runcit jual nombor ekor sebab ada yang beli di sana, tunggu sat (kejap) tak kena tak apa, kalau kena tangkap makan tak habis.
“Kalau kedai tersebut kena tangkap ada jual nombor ekor, sekali dengan kedai kita arah tutup. Berhentilah sebelum ditangkap kalau tak mahu kedai ditutup,” katanya ketika berucap pada perasmian Karnival Rakyat Parlimen Jerai di Dewan Serbaguna di sini pada Sabtu.
Muhammad Sanusi berkata, pihaknya mempunyai pendekatan tersendiri bagi memastikan apa yang dikuatkuasakan di negeri ini dilaksanakan dengan jayanya.
“Saya tahulah cara nak buat macam mana untuk banteras aktiviti perjudian di Kedah. Ini termasuk yang berselindung di sebalik kedai kafe siber tetapi aktiviti sebenarnya adalah premis judi secara dalam talian, ini pun kita sedang teliti,” katanya lagi.
Menurutnya, kerajaan negeri mahu menjadikan Kedah sebagai negeri bebas judi pada masa depan dan serius membanteras aktiviti tidak bermoral itu.
“Kita akan lawan habis-habisan, kalau tak mahu kedai kena tutup, hentikan segera aktiviti judi.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 05 2022
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi amaran kepada pemilik kedai runcit yang berselindung menjual nombor ekor di premis tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Premis perniagaan termasuk jual 'nombor ekor' milik warga asing disita
Sembilan premis perniagaan termasuk yang menjalankan aktiviti nombor ramalan di Pangsapuri Golden Villa, Taman Sentosa, di Klang disita.
'Tutup kedai, tarik lesen jika jual nombor ekor' - MB Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi amaran kepada pemilik kedai runcit yang berselindung menjual nombor ekor di premis tersebut.
Video tular: Sivakumar minta Idris mohon maaf, Idris kata tiada unsur provokasi
Sivakumar menyifatkan bahasa digunakan dalam video yang tular itu agak kasar namun Idris berkata tiada unsur yang bersifat provokasi dalam insiden itu.
'Haram tetap haram', Pas tetap bertegas isu cabutan khas judi
Pas tetap berpendirian tegas membantah isu pertambahan cabutan khas judi yang ditingkatkan daripada 8 kali sehingga 22 kali setahun bermula 2021.
COVID: Jual nombor ekor haram punca kluster baharu di Sabah
Kluster Kuarters Bata Durok di Keningau melibatkan 12 kes kumulatif dicetus kes indeks seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun dikesan positif pada Rabu lepas.
Gagal kemuka surat MITI, 11 premis termasuk kedai 'nombor ekor' diarah tutup
MPKK turut mengesan premis yang menjalankan aktiviti berbeza daripada yang tertulis dalam surat kebenaran MITI yang ditunjukkan.
Polis tahan 24 individu terlibat judi nombor ekor tidak berlesen
Polis menahan 24 orang termasuk dua wanita dalam 23 serbuan terhadap premis yang menjalankan judi nombor ekor tidak berlesen di sekitar Johor semalam.