DALAM dunia di mana peranti dicipta dengan skrin yang lebih besar, sebuah syarikat memutuskan untuk mengambil pendekatan berbeza apabila mencipta televisyen terkecil di dunia.

TinyCircuits, sebuah syarikat elektronik, telah melancarkan dua prototaip baharu dalam rangkaian TinyTV, salah satu dengan skrin berukuran 0.6 inci (15 mm).

TinyTV 2 mempunyai paparan 1.0 inci (26 mm) dan terletak di atas pembesar suara di bahagian hadapan.

Sesuai dengan estetika retro, televisyen comel itu dilengkapi dengan dua tombol untuk melaraskan bunyi dan 'menukar saluran' antara video.

Satu lagi versi, TinyTV Mini, hanya sebesar setem pos, tetapi boleh dihidupkan selama sejam untuk setiap cas.

Projek itu kini menjadi subjek kempen Kickstarter, yang setakat ini telah mengumpulkan lebih AS$128,640 (RM607,451).

Pengguna boleh memuat naik video dari komputer atau boleh distrim menggunakan kabel USB-C yang disambungkan ke komputer.

Kedua-dua TinyTV 2 dan TinyTV Mini datang dengan kad mikroSD 8GB, yang maisng-masing boleh memuatkan lebih 10 dan 40 jam rakaman pada peranti tersebut.

Pengguna boleh memuatkan filem kegemaran mereka, program atau video TikTok.

TinyTV 2 dan TinyTV Mini boleh dipesan melalui Kickstarter dengan pledge AS$49 (RM231).